CORETAN KHAS HUJUNG MINGGU: JANGAN BIARKAN SESEKALI SPRM DISERET…BERGELUT DALAM GELANGGANG POLITIK….!!!
Apa sebenarnya yang mereka mahu?
Itulah persoalan yang bermain di fikiran… apabila ‘serangan demi serangan’
dilancarkan ke atas SPRM sejak kebelakangan ini.
Kecaman mula dilemparkan kepada
SPRM apabila ada kelibat orang politik yang ditahan dan didakwa.
Peliknya apa sahaja tindakan
dilakukan SPRM tanpa memilih bulu atau parti mana diwakili oleh individu
tersebut, SPRM terus menjadi sasaran serangan.
Kenapakah tidak membiarkan sahaja
SPRM menjalankan tugasnya?
Tindakan SPRM berdasarkan fakta
dan bukti…
KS nasihatkan kepada semua
penyokong politik..tidak kiralah sesiapapun… Kalau benar semua benci rasuah dan
salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah
paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu dan
mempersoalkan siasatan SPRM?
Yang ditahan SPRM bukannya terus
dihantar ke penjara sebaliknya mereka disoal siasat dan jika cukup bukti akan
didakwa dan di mahkamah mereka berpeluang membela diri dengan barisan peguam
yang hebat-hebat belaka.
Jadi, kenapakah mahu bising,
mempersoalkan tindakan SPRM?
Kenapakah mahu memberi tekanan
kepada agensi itu seolah-olah apa yang sedang dilakukan oleh SPRM tidak betul?
Hormatilah tugas SPRM. Bagi KS, agensi tersebut menjalankan tugas
dengan profesional demi melaksanakan amanah rakyat bagi memerangi rasuah dan
salah guna kuasa habis-habisan.
Paling malang sekali bila adanya politik dalaman SPRM sendiri...Ada yang masih suka menjadi lalat-lalat...punaisihat dan geng wayang kulit yang menjadi hantu politik yang sebenarnya menjadi barah kepada SPRM.
Paling malang sekali bila adanya politik dalaman SPRM sendiri...Ada yang masih suka menjadi lalat-lalat...punaisihat dan geng wayang kulit yang menjadi hantu politik yang sebenarnya menjadi barah kepada SPRM.
Janganlah bersikap hipokrit
bercakap berdegar-degar di depan rakyat kononnya mahu memerangi rasuah dan
mempolitikkan statistik rasuah bagi mencari keuntungan politik, tetapi apabila
SPRM bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan! Boleh bayangkan lalat menjadi kera mendapat belacan???
SPRM menjalankan tugasnya secara
profesional dan berhemah. Semua tindakan dilakukan berdasarkan peruntukan
undang-undang dan sama sekali tiada kaitan dengan politik…
Kepada Team Lalat....Janganlah cuba sesekali mengajak
apatah lagi mengheret agensi itu untuk ‘bergelut’ dalam gelanggang politik….
Apa pun kepada SPRM teruskanlah
perjuangan membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
Biarlah orang politik dan team lalat dengan
sandiwara mereka.
Biarlah rakyat menilai mereka
khususnya yang semakin ramai mahu menjadi ‘badut politik’ dan ayam jantan
berkokok kuat tetapi ekor bergelumang tahi atau ayam betina telur sebijik riuh
sekampung.
KS: Sayangi SPRM! Hapuskan Lalat!!!
Comments
Post a Comment