"Anak-anak buah saya,
jadilah seperti lebah walaupun dibuang di lautan sampah, tuan-tuan tetap akan
mencari bunga menghisap madunya dan akhirnya nanti madu itu akan memberi
manfaat kepada semua orang.
Tapi jangan jadi seperti lalat
walaupun dibuang di taman-taman bunga seluas bumi dan lautan, lalat tetap
mencari kotoran-kotoran yang menjijikkan dan akhirnya akan mendatangkan
penyakit dan mudarat kepada semua orang lain."
Ingat lagikah orang-orang SPRM
dengan peringatan keramat ini?
Pada mana-mana yang sudah lupa,
KS ingatkan kembali...inilah ucapan akhir DS Shukri pada 29 Julai 2016
lalu...Ya...tarikh detik hitam SPRM yang mana 3 daripada 4 pengurusan
tertingginya dicampak oleh manusia yang rakus mengejar harta dunia.
Pada detik itu....semuanya
mengalirkan airmata yang tidak dapat dipastikan dari mana puncanya...
Semua mahu menjadi lebah
sebagaimana yang dipesankan...
Tapi hari berganti hari...bulan
berganti bulan...air mata semalam hanya tinggal kenangan...lebah jadian
perlahan-lahan menjadi lalat...
Akhirnya mereka merasakan menjadi
lalat lebih mengasyikkan...kotoran…taik yang dihurung menjadi enak dan mula
sebati...
Lebih menakutkan si lalat-lalat
dalam SPRM ini mengambil kesempatan ini untuk mencantas orang atasan SPRM..
Adakah kerana si lalat-lalat yang
asyik bermain puak-puak wayang kulit ini dan hanyut dek air tuak tidak sedar
yang mereka semua dalam perhatian???
Si lalat-lalat telah cuba
memporak-perandakan keharmonian SPRM yang baru saja terbit semula selepas
dikucar-kacirkan hampir dua tahun oleh TS Dzulkifli Ahmad...
Dengan menggunakan puak wayang kulit yang masih ada...Si lalat-lalat terus menabur fitnah
terhadap pengurusan tertinggi SPRM dan pegawai-pegawai yang tidak sehaluan
dengan mereka...
Mereka berselindung dengan
mendakwa kononnya mewakili warga marhain SPRM dan telah ditindas oleh orang
atasan yang memilih bulu....
Mereka kononnya mangsa permainan
politik kotor orang atasan...
Semua ini adalah taktik meraih
simpati pegawai rendah sekaligus menanam kebencian kepada pengurusan tertinggi
SPRM...
Sedangkan semasa mereka di atas
kayangan dahulu...apa yang mereka peduli tentang pegawai rendah...kecualilah
pegawai tersebut bini orang berdahi licin.. maka tegaklah punai
mereka...kurkkk…kurkkk…arggg….
Lupakanlah punai itu… Mari KS
dedahkan siapa sebenar yang bergelumang dengan budaya menipu, kerja jahat dan
kotor lagi menjijikkan??...
Masih ingatkah dengan surat palsu
yang dibuat oleh pegawai khas Dzulkifli, Saiful Ezral bagi menyelamatkan Fikri
@ Dann Idris yang ditangkap khalwat pada Disember tahun lalu...
Apa yang dinyatakan dalam surat
itu adalah penipuan semata-mata dengan mengemukakan alasan yang tidak
berasas...???
Apakah kewajarannya seorang
Pegawai Khas KP SPRM yang mengguna jawatan sebagai Timbalan Ketua Staf untuk
menulis surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor agar mempertimbangkan untuk
tidak mendakwa Fikri yang ditangkap khalwat…
Adakah ini bukan lalat???
Malah perbuatan menipu JAIS ini
telah menjatuhkan martabat SPRM dan merupakan satu kesalahan yang perlu didakwa
di mahkamah...
Adakah ini bukan lalat???
Ia satu kesalahan jenayah kerana
menipu dan menyalahgunakan surat rasmi kerajaan berstatus rahsia... Adakah ini
bukan lalat???
Bukan saja menipu JAIS, pada masa
sama, mereka juga menendang keluar pegawai kanan SPRM daripada jawatan asalnya kerana
enggan bekerjasama...Berapa ramai yang menjadi mangsa.
Adakah ini bukan lalat???
Jadi, inilah masanya SPRM perlu
tegas mengambil tindakan terhadap Si lalat ini...
SPRM tidak perlu menyimpan Si
lalat yang bakal menyebarkan sel-sel kanser khianat dalam SPRM...
KS ingin ingatkan, tidak dapat
tidak segala kotoran dan lalat-lalat perlu dibersihkan...jika tidak, sampai
bila-bila SPRM akan terus dipandang jijik dan tidak memberi manfaat pada orang
ramai.
Kita tunggu sajalah nasib si
lalat-lalat ini.
KS difahamkan, DS Shukri pernah
memberi peringatan untuk membongkar isu penyelewengan yang dilakukan oleh
pimpinan SPRM sebelum ini bersama lalat-lalatnya kerana beliau tidak mahu SPRM
hancur...
Tiada siapa yang akan terlepas
dari tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan...baik di dunia atau
akhirat...
Inilah masanya!!
KS: Apa khabar burung kecil???
Comments
Post a Comment