APA CERITA PUNAISIHAT??? MAKIN BERSENANG-SENANG!!!…DERMA RM2.6 BILION TIADA KENA MENGENA DENGAN ARAB SAUDI???
Makin bersenang-senang...
Menteri Luar Arab Saudi Adel
Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas
Perdana Menteri DS Najib Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri
Luar, Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra.
Dalam pertemuan yang turut
menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6
bilion, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6
bilion) tidak ada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi."
Menurutnya, ketika mereka bertemu
di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada
bulan lepas, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama
dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.
"Hari ini ulangi sekali lagi
bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas
turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad di Perdana Putra di sini.
Beliau dilaporkan berkata, derma
RM2.6 bilion yang pernah diterima Najib itu tiada kena-mengena dengan Arab
Saudi.
Makin bersenang-senang…
Yang pasti, berita ini tentunya membuatkan Najib makin
pening kepala dibuatnya.
Mana Isham Jalil…Lokman Adam…macai
pembela, penyokong dan pengampu Najib juga jadi kelu lidah dan tidak mampu
berkata apa-apa lagi.
Kes berkaitan wang RM2.6 bilion
itu pun sudah dibawa ke mahkamah dan Najib berdepan 21 pertuduhan penggubahan
wang haram berkenaan dana tersebut.
Sekaligus, pembelaan Najib di
mahkamah nampak makin sulit jadinya dab bukannya kes bersenang-senang seprti
dinyatkan macai-macai sebelum ini.
KS: Apa cerita tiga dokumen yang
didedahkan Najib di FBnya itu??? Maknya itu adalah dokumen palsu??? Mohon SPRM
siasat dokumen palsu itu…kerana ada ‘punaisihat’ yang membantu mewujudkan
surat-surat itu…Siapa ‘PUNAISIHAT’ itu??? Team Balikah??? Kemukakan dokumen palsu satu kesalahan tau!!!
Comments
Post a Comment