#TERKEJUT…BELUM TUNAIKAN JANJI BERI KUASA PENDAKWAAN KEPADA SPRM!!!



Menarik balik kes ini satu perkara biasa. Memang ada peruntukan undang-undang berkaitan perkara ini. Jangan pelik!

Tapi sebagai negara yang bertamadun dan dipenuhi dengan orang-orang cerdik pandai, pastinya KITA MAHU TAHU apakah alasan atau asas tarik balik kes itu?

Adakah alasannya atas fakta kes atau atas faktor undang-undang. Withdraw on grounds of facts or law???

Kalau atas fakta, apa faktanya yang membezakan dengan kes yang telah dihukumkan bersalah.

Contohnya kenapa Khir Toyo disabitkan atas fakta yang sama atau Lim Guan Eng ditarik balik kesnya atas fakta yg tidak sama dengan Khir Toyo.


Kalau atas law, apa law nya?

Selain itu, KS juga ingin bertanya, kenapa selepas sekian lamanya representasi dibuat oleh pihak AG, baru sekarang AG memutuskan kes tersebut ditarik balik?

Jika sampai SPRM pun terkejut. Ini adalah sesuatu yang amat amat menakutkan bagi sistem perundangan negara ini.


AG perlu tegas dan jawap persoalan ini.

KS cabar AG supaya memperjelaskan kepada umum dan ambil tindakan berani seperti SPRM mengeluarkan kenyataan media hari ini.

AG jangan baling batu sembunyi tangan.

AG jangan sekadar tersenyum melihat rakyat bertalu-talu menyerang SPRM yang bidang kuasanya menyiasat kes ini.


KS yakin AG sedar bahawa masyarakat masih lagi tidak dapat membezakan kuasa eksekutif, kehakiman dan penguatkuasaan. Ada pengasingan tugas antara yang menyiasat dan yang mendakwa.

Masyarakat menyerang SPRM yang tidak mempunyai kuasa pun untuk menarik balik kes itu. Adakah AG mahu melihat SPRM karam dalam keyakinan rakyat?

Sementara itu, dalam soal ini juga, KS suka untuk mengingatkan kembali kerajaan dengan janji-janji 'manifesto bukan Bible' mereka itu.



Kini sudah lebih 100 hari pemerintahan PH, tetapi janji PH masih lagi tidak terlaksana termasuklah untuk memberi kuasa  penuh kepada SPRM bagi melakukan pendakwaan dalam penyiasatan kes rasuah.

KS faham jika untuk mansuhkan tol dan sebagainya mengambil masa. Tetapi dalam soal ini KS tidak nampak usaha untuk melaksanakannya.

Dimanakah janji itu? Adakah kerajaan hari ini sanggup menipu dan membiarkan SPRM terus diperkotak-katikkan lagi dek kerana janji yang gagal ditunaikan oleh PH?

Tunaikan janji beri kuasa pendakwaan kepada SPRM!

KS: TERKEJUT…Rupa-rupanya sama saja!!!

Comments