Sejujurnya KS tidak pernah berasa
terkejut dengan apa saja isu rasuah yang berlaku dalam negara ini.
Jumpalah duit rasuah setinggi
Gunung Kinabalu sekali pun, gugurkanlah 1000 kes rasuah sekali pun, KS tidak
akan terkejut. Inilah adalah kemajuan yang dicipta dalam dunia rasuah.
Sebab itulah, apabila ada sahabat
bertanyakan KS, konon orang besar SPRM iaitu TKP SPRM Dato’ Seri Azam Baki dan
Pengarah SPRM Kedah, Dato’ Fauzi terima duit bagi tutup kes rasuah Azeez
Baling, KS tidak terkejut, KS kata memang betul.
Memang betul fitnah!!
KS tahu, orang-orang politik yang
baru hendak menonjol ini, kadang-kadang terlebih jilat boss. Konon-konon
merekalah cytro yang mampu menggegarkan dunia dengan cerita-cerita fitnah
mereka.
Bukan KS tidak tahu, mereka
sesama cytro di utara itu pun berpecah sebabnya berlawan-lawan jilat menjilat
boss. Sebab hendak dapat title budak-budak Mukhriz, tidak perlulah hendak
fitnah SPRM.
Tidak perlulah hendak mengalih
tumpuan orang terhadap pencinta bini orang, TS Dzul dan konco-konconya bersama
Azeez Baling.
Apa yang tidak sabar-sabar sangat
untuk lihat Azeez didakwa??? Cuba ada orang petik cerita bila hendak siasat MB
Kedah??? Apa kamu hendak cakap??? Azam dan Fauzi ambil duit jugakah??? Jadi
tolonglah rasional dan matang.
Taubatlah dari menghasut orang
dengan menjaja cerita fitnah.
Bab Azeez ini, masanya akan tiba.
Perkara ini melibatkan money trail dan KS tidak bercadang hendak jelaskan
kepada geng-geng pemfitnah otak udang ini kerana perkara ini diluar jangkauan
otak mereka. Cukuplah KS katakan masanya akan tiba. Nanti #Terkejut pulak.
Banyak perkara yang jelas
kesalahannya termasuklah melibatkan Program Ziarah Kasih SPRM di Baling yang
menjadi platform lakonan TS Dzul mendekati orang ramai yang dibiayai oleh
Azeez.
Kalau tidak sabar sangat, KS akan
dedahkan apa disebalik program rasuah Ziarah Kasih ini yang pada masa sama TS
Dzul kononnya memberi amaran kepada ahli politik supaya menjauhi rasuah.
Apa hubungan TS Dzul dan Azeez
Baling yang dianggap sebagai bloodbrother. Apa pula hubungan kedua-duanya
dengan Big Mama?
Apa pula peranan pegawai khas-pegawai khas TS
Dzul ketika itu???
Masih hendak fitnah Azam dan
Fauzi terima duit???
Pintu taubat masih terbuka
luas. Taubatlah dan jangan rosakkan parti sendiri dengan politik haramjadah
anda.
Comments
Post a Comment