Ikhlas KS katakan pada hari ini SPRM
menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui tidak, nama agensi itu
semakin digeruni apabila DS Shukri Abdull mengambil alih teraju kepemimpinannya
dengan dibantu oleh Timbalannya, DS Azam Baki.
Pendekatan SPRM yang dilihat
tegas, drastik dan disulami elemen-elemen #Terkejut memungkinkan SPRM kini
dianggap agensi paling digeruni sehingga ada yang masih #Terkejut dengan
tindakan SPRM.
Kerana terlampau #Terkejut Si
Munafik2 itu, maka tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’
dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada Ketua Pesuruhjayanya
dan TKP SPRM, yang menjaga sayap operasi SPRM.
Jelas pelbagai taktik kotor dan
jijik digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam
kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM. Jika dulu Shukri Abdull
yang menjadi sasaran kini giliran Azam Baki pula difitnah.
Perbuatan jahat itu dilakukan
kerana mereka semakin ‘#Terkejut’ berikutan tindakan agresif SPRM yang bertindak tanpa memilih bulu.
Agenda jahat tersebut tidak boleh
dibiarkan berjaya kerana ia akan memusnahkan impian serta harapan rakyat yang
kini begitu menyanjungi ketegasan SPRM.
Selama ini Si Munafik2 ini tidak
melihat tindakan sebegitu tegas dilakukan oleh SPRM.
Jika mengkaji satu demi kes yang telah
dikejutkan oleh SPRM sejak kebelakangan ini, kita akan berasa gerun melihat
bagaimana rasuah bagaikan virus yang kini meresapi tidak kiralah dari seorang bekas
Perdana Menteri hinggalah kepada pengawal keselamatan.
Adakah si
munafik2 ini terlampau #Terkejut melihat usaha SPRM ini?
Lebih keji si
munafik2 ini, bila ada sekutu politik mereka
ditahan dan didakwa, mulalah nada mereka mencaci dan menajiskan SPRM.
Malah SPRM
tidak semena-mena mula mahu diseret secara perlahan-lahan untuk terlibat dalam
polemik politik sedangkan apa juga yang dilakukan oleh agensi itu adalah
berdasarkan kepada bukti, bukannya semberono.
SPRM bukan
ahli politik, mereka tidak tahu berpolitik dan SPRM bukan parti politik.
Bagi KS, SPRM lakukan kerana mahu
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Misi itu
hanya boleh tercapai jika agensi itu tidak ganggu apatah lagi diseret dalam
sebarang kontroversi atau polemik.
Tidak perlu membuat kenyataan
yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.
SPRM perlu kuat…Jangan pedulikan
apa jua tafsiran dan persepsi yang wujud. Percayalah, rakyat masih sayangkan SPRM!!!
SPRM tidak harus dilemahkan
melalui fitnah dan tohmahan. Jika itu berlaku maka bergembiralah Si Munafik2
dan sekutu mereka.
Nota Kaki: Catatan panjang kerana
masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam usaha untuk memastikan rasuah
tidak terus menghantui negara.
Comments
Post a Comment