#TERKEJUT!!! ONE TWO JAGA PERTIKAI INTEGRITI???



Sudahkah menonton filem One Two Jaga arahan Nam Ron.


KS saran supaya filem ini ditonton dengan menggunakan akal fikiran sambil membaca sistem tanda (semiotik) dalamnya.


Baca dan carilah apa yang ada dalam scene makan ketam dengan 'tukang jaga'.





Kalau akal dan fikiran ditinggalkan di luar panggung, anda tidak seronok menonton filem ini.



Awal-awal lagi KS mahu beritahu bahawa filem bukan kuliah agama atau kelas sivik.

Filem adalah sebuah karya seni berteraskan pemikiran dalam menyampaikan isu agama atau sosial. Nam Ron seorang pemikir dan melontarkan pemikirannya melalui filem.


Filem ini bukan tentang polis yang terima rasuah.

One Two Jaga menyusur lebih jauh ke dalam dari visual yang dilihat.

Kita seharusnya bangga ada filem macam One Two Jaga.

Hubungan penonton dengan filem adalah tinggi atau rendah pemikiran dalamnya, bukan berapa puluh juta ringgit yang dikutipnya.



Nota Kaki: Tengok scene makan ketam teringat pada TS Dzul yang pernah didakwa menerima wang tunai ratusan ribu ringgit daripada seorang Ahli Parlimen dari Kedah kononnya untuk Program Ziarah Kasih. Bukankah ini satu bentuk suapan memandangkan Ahli Parlimen tersebut disiasat SPRM atau inilah yang dimaksudkan dengan one two...i jaga...!!!

Comments