Melalui laman baru-baru ini, DS Najib
Razak mendedahkan beberapa dokumen yang kononnya sebagai bukti bahawa wang
berjuta-juta yang pernah diterimanya pada tahun 2011 lalu adalah daripada
kerabat Diraja Arab Saudi.
Malam Jumaat lalu, bekas Perdana
Menteri yang sudah kecundang itu juga dilaporkan telah menunjukkan bukti
berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini kononnya turut
disumbangkan oleh kerabat Diraja Arab Saudi.
Hmmmmm......
Bolehkah diterima pakai
bukti-bukti yang ditunjukkan Najib itu?
Kenapa hanya baru sekarang beliau
berani mendedahkannya dan tidak sebelum kehilangan kuasanya??? Kenapa tidak
didedahkan selepas dipanggil SPRM??? Kenapa perlu didakwa dahulu baru hendak
menjelaskan???
Untuk apa lagi Najib berbuat
demikian di mahkamah media sosial sedangkan sebagaimana yang disebut oleh Tun
Mahathir, lebih banyak pendakwaan di mahkamah sebenar akan menantinya selepas
ini.
Apa pun, KS tertarik dengan satu
emel yang diemelkan seperti di bawah berkenaan pendedahan bukti oleh Najib yang
dikira sudah terlewat itu.
Tuan Tuan,
Memang saya agak malas menulis mengenai 1MDB lagi kerana Najib sudah
kalah Dan the matter will be in court.
Bagaimanapun Masih ada rakan rakan kita yg tidak follow kes 1MDB dari
awal, tidak baca PAC report ataupun laporan JAN yg dulu diOSAkan.
Begitu juga ramai yg kurang maklum secara details saman DOJ di Amerika.
Makanya apabila Najib post di FBnya tentang 20 million USD ke dalam
acct beliau, ada juga yg termakan dengan auta tersebut.
Tuan Tuan,
PAC dan JAN tdk siasat account Najib, let's be clear about that. SPRM
dan polis is doing that now.
Namun JAN telah establish clear link yg wang 1MDB telah dihantar ke
GoodStar kepunyaan Jho Low
DOJ pula secara details tracked money trails wang wang 1MDB , antaranya
wang dari 1MDB ke GoodStar kemudiannya ke pengasas Petrosaudi . Dari situ
ditendang balik ke acct Najib dlm Dua transaksi usd 10 million each.
Makanya Najib hanyalah membuka pekongnya sendiri atas perkara yg telah
awal lagi disiasat dan diketahui dari mana sumber wang tersebut.
Tuan Tuan,.
Surat yg kununnya dari Raja Arab, telah lama Kita kupas dulu bahawa
Surat it tidak dpt dikesan siapa org nya malah chop mohornya juga tidak cukup
pohon Tamar.
And we have not even talk about 2.6 billion. Najib is taking to mahkamah FB , Dan beliau
akan bawa cerita derma 2.6 billion pula selepas ini.
Saya kepilkan lampiran siasatan DOJ. Boleh lah banding dgn wire
transfer yg Najib tunjuk tu.
Nota Kaki: Jeng…jeng…fakta…jeng…jeng…auta…jeng…jeng…apa cerita pula dengan yang ini???ermmmm tepukkk!!!
Comments
Post a Comment