#TERKEJUT!!! APABILA 'IBLIS' CABAR SPRM BERSUMPAH LAKNAT...???



Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. (Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Qs Ali Imran : 59-61)

Ketika ini, doktrin menjadikan sesuatu yang bohong itu sebagai benar semakin berleluasa.

Satu fenomena yang amat menggerunkan.

Contoh paling mudah, SPRM terus digambarkan sebagai entiti tidak jujur bagi mewujudkan persepsi negatif. Dengan kata lain SPRM difitnah.

Pegawai SPRM yang bekerja 24 jam, tidak balik rumah, tidak jumpa anak bini, tidak berhari raya sebab hendak siapkan segera siasatan, tapi mereka difitnah dan diberi persepsi negatif.

Tiga tahun lalu, SPRM telah melalui episod paling malang, kerana menyiasat, mereka ditangkap, dihumban,disenyapkan dan diporak-perandakan.

Kini,perkara seperti ini terus berlaku. Sebab apa?, Selagi ada rasuah, maka selagi itulah perasuah akan terus menentang SPRM.

Perasuah dan kaum kerabatnya akan terus membenci SPRM seperti mana bencinya iblis kepada manusia.

Kalau iblis berjanji untuk terus menyesatkan manusia hingga kiamat nanti, begitulah juga perasuah yang terus menyimpan hasrat untuk membunuh SPRM.

Tidak ada sebab mereka memusuhi SPRM, kecualilah mereka ini adalah golongan perasuah atau mempunyai kaitan dengan perasuah.


Sebab itulah, apabila baru-baru ini timbul sekumpulan manusia di media sosial melemparkan tohmahan kepada TKP SPRM, DS Azam Baki kononnya dia menutup kes Azeez Baling setelah menerima habuan wang, KS anggap sekumpulan manusia ini sebenarnya adalah sama seperti iblis.

KS ingin bertanya, kenapa iblis bertopeng manusia ini menyerang dan berbuat bising di media sosial sahaja?, mana aduan mereka, mana maklumat mereka, pergilah serahkan menerusi saluran yang betul.

Ini tidak, masih dengan taktik kolot, sudahlah membuat fitnah, sanggup pula kononnya memaksa orang untuk bersumpah laknat.

Kenapa tidak dicadangkan agar mereka bersama-sama untuk bersumpah laknat bersama DS Azam.

KS yakin DS Azam tidak terkesan dengan fitnah ini serta sanggup untuk bersumpah laknat.

Tetapi dicadangkan supaya buatlah sebelum 25 September ini. Sebab apa?

Ada apa dengan 25 September?..Biarlah golongan manusia hybrid iblis seperti pemilik akaun FB Putera Muhammad dan konco-konconya dari Parti Bunga di Kedah menanti dengan penuh tanda tanya.

KS: Merangkak mencari orang di padang masyhar untuk minta maaf bukan cerita dongeng.

Comments