SPRM DIROMBAK???...BERITA HARIAN EJEN PENYEBAR FITNAH???


Tiada angin tiada ribut...tiba-tiba hari ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa SPRM akan dirombak dengan melibatkan pegawai-pegawai kanan bertukar ke agensi lain...

Kalau berita ini ditulis di blog atau lain-lain cabang media sosial...KS tidak hairan...sebabnya media sosial 'berdiri' di atas paksi yang berbeza dengan media arus perdana...

Kita faham..media sosial bebas, lantang dan kritis berdasarkan anutan fahaman masing-masing...seperti juga KS..



Tetapi tidak seperti akhbar arus perdana,  mereka wajib mempunyai prinsipnya sendiri iaitu mendokong agenda kerajaan dengan cara lebih rasmi dan berhemah...

Bahasa mudahnya, menyiarkan berita yang sahih dengan pengesahan pihak yang terlibat...bukan cerita gosip(tidak melibatkan gosip artis ye) dan khabar angin...

KS sebenarnya tidak kisah pun sekiranya SPRM dirombak...

Tetapi persoalannya, kenapa berita ini disiarkan tanpa pengesahan dari tuan punya badan iaitu SPRM...

Akhirnya SPRM terpaksa mengeluarkan kenyataan media pada pagi Sabtu...juga sesuatu yang menimbulkan tanda tanya... tapi jelas pendirian SPRM bahawa berita itu tidak betul...



Semua orang tahu akhbar yang dicetak ini beritanya ditulis sehari sebelum ia dicetak...jadi adakah wartawan Berita Harian ini tiada masa untuk mengesahkan khabar angin yang ingin ditulis sepanjang tempoh itu...

Kecuali, dia mempunyai agenda sendiri untuk menyorokkan berita ini dari pengetahuan SPRM sebelum akhbar dicetak...jika ini yang berlaku jelas sebenarnya mereka 'pondan' dan tidak beretika...

Jika beginilah sikap media arus perdana..maka KS rasakan pengamal media di negara ini sendiri yang telah meletakkan darjat mereka di tong sampah...

Bayangkanlah...ekspatriat atau mana-mana pelabur asing membaca media arus perdana kita...pasti mereka kata 'what the hell' cerita gosip agensi kerajaan jadi bahan berita utama...hahaha...gosip ok...gosip...

Adakah mereka beranggapan berita gosip ini boleh memajukan negara??..Adakah mereka fikir berita gossip tidak memecahbelahkan organisasi...tidak memperdaya orang ramai..???

Jadi mana yang dikatakan sebagai media boleh membentuk fikiran dan budaya masyarakat.....yang dibentuk ialah budaya fitnah dan khabar angin....


KS: Hendak buat bungkus nasi lemak pun geli dan tak berselera...

Comments