SELEWENG DANA KERAJAAN…SURAT KEPADA CIA AMERIKA, SPRM MULA SIASAT MEIO???



Apa yang kita tahu dan didedahkan di dada-dada media baru-baru ini hanyalah mengenai perbuatan sekumpulan  17 pengawal keselamatan mencuri wang yang dipercayai dana Pilihan Raya berjumlah RM3.5 juta dalam bilik bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini dilaporkan pula sekumpulan tujuh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) turut terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukan untuk PRU.

Lebih dasyat lagi, SPRM juga telah menahan Datuk Hasanah Abdul Hamid, iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri atau nama glamornya Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang dikhaskan untuk menjaga politik Najib Razak.


Daripada dua kejadian tersebut, sekurang-kurangnya ada dua persoalan yang bermain-main di kepala orang ramai ketika ini:-

Pertama, berapa banyak sebanarnya wang tunai yang ada tersimpan dalam Pejabat Perdana Menteri ketika itu???

Jika  ada lebih banyak yang mungkin disimpan di pejabat Najib, ke manakah perginya wang-wang tersebut?

Kedua, difahamkan juga penahanan kesemua PTD dan Ketua Pengarah MEIO juga berkait rapat dengan sepucuk surat yang ditulis oleh bahagian tersebut kepada Pengarah CIA yang bertujuan memohon sokongan jika BN menang tipis dalam PRU14 lalu???

Jika dilihat berdasarkan kandungan surat tersebut, ia jelas merupakan suatu percubaan mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Mujurlah BN kalah dalam pilihanraya 9 Mei lalu, jika tidak, sudah pasti kuasa besar Amerika sudah pun bertapak kukuh pada hari ini di belakang pentadbiran Najib.

Bermakna, surat tersebut ada impikasi yang bahaya kepada kedaulatan negara serta berupa satu bentuk pengkhianatan.

Sebagaimana yang diketahui umum, menjemput campur tangan asing dalam mana-mana negara berdaulat adalah suatu kesalahan yang serius.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri ketika ini belum habis disiasat berhubung dakwaan pasukan kempennya mempunyai hubungan dengan Rusia.

Campur tangan itu didakwa berkaitan penglibatan Rusia untuk memastikan kemenangan Trump dan dalam waktu yang sama memburuk-buruknya pencabarnya, Hillary Clinton dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Siasatan kes itu bukan saja melibatkan FBI, tetapi juga Kongres Amerika Syarikat.

Dalam konteks apa yang berlaku kepada Trump itu, ia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan surat yang dihantar oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri kepada Pengarah CIA kira-kira lima hari sebelum pengundian pada 9 Mei lalu.

Dalam hal ini, meskipun Najib menafikan beliau mengarahkan surat itu ditulis, malah mendakwa tidak tahu dan terkejut dengannya, SPRM harus segera menyiasat dan membongkar kenapa KP MEIO yang menandatangani surat tersebut.


Kecuali jika KP MEIO sedia dihukum penjara atau menerima hukuman lain yang lebih berat kerana khianat kepada negara dengan mahu mengakui surat itu ditulis atas usahanya sendiri tanpa diarahkan oleh sesiapa, pilihan lain baginya tentulah berterus-terang mengenai kebenaran tentang surat tersebut.



Jika beliau mendedahkan memang Najib yang mengarahkan surat itu ditulis, maka bekas Perdana Menteri itu juga wajib berdepan satu lagi pengadilan dan seterusnya dihukum dengan seberat-beratnya.

Comments