Pagi ini Bekas perdana Menteri,
DS Najib Razak sekali lagi didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan
menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.
Bagi pertuduhan pertama, Najib
didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil daripada aktiviti haram melalui
Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke
dalam akaun miliknya di Bank AmIslamic.
Manakala bagi pertuduhan kedua
dan ketiga, Najib didakwa menerima wang berjumlah masing-masing berjumlah RM5
juta dan RM10 juta di tempat dan cara yang sama.
Bagi ketiga-tiga perbuatan itu,
beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.
Mahkamah hari ini juga membenarkan
permohonan supaya tiga pertuduhan hari ini dibicarakan bersama dengan empat
lagi pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa
di Mahkamah Tinggi, atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan
menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah
RM42 juta.
Apa yang berlaku kepada Najib
pagi ini adalah pertama kali tercatat dalam sejarah negara di mana seorang
bekas Perdana Menteri diheret ke mahkamah buat kali kedua atas beberapa
kesalahan jenayah yang memungkinkannya merengkok dalam tempoh yang lama di
penjara.
Meskipun barangkali ada yang
bersimpati dan menyifatkan pendakwaan terhadap Najib lebih bersifat dendam atau
bermotif politik, sebenarnya jika diimbas kembali, itulah yang seharusnya
dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Secara umumnya semua orang sedar
bahawa salah laku Najib dan keluarganya berkaitan SRC International ini,
disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah
paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana
era kepimpinan terdahulu.
Oleh itu, tidak perlu bagi rakyat
sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum
ini, tiba-tiba mahu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap bekas
Perdana Menteri itu.
Apa yang berlaku sekarang adalah
kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian dengan kesatuan hati untuk negara
terus bergerak ke hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.
Ini hanyalah permulaan sahaja.
Ini baru tentang SRC International, belum lagi isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB.
KS: TS Dzul tak jadi datang ke
mahkamah ke hari ini??? Sibuk meeting dan susun fail barangkali.
Comments
Post a Comment