KISAH SPRM??? AZEEZ BALING...KU NAN...DAN HASANAH, MERDEKAKAN MINDA RAKYAT DARI 'NAJIS' DI MEDIA SOSIAL!!!
Saban tahun apabila membincangkan
mengenai topik kemerdekaan negara, antara perkara hangat diperkataan ialah
berkaitan tahap minda rakyat Malaysia yang dikatakan masih belum selari dengan
usia kemerdekaan negara kita iaitu 61 tahun pada kali ini.
Ditambah pula kini selepas 18
tahun melepasi tahun 2000 yang dikatakan sebagai titik permulaan abad penuh
kecanggihan dan teknologi, namun masih terdapat segelintir rakyat negara kita
mindanya berada di tahap mundur atau kelas ketiga.
Lebih hairan, yang mempunyai
minda sebegini bukan calang-calang orang, tapi mereka ini ada dalam kalangan
golongon profesional seperti peguam, doktor serta pegawai tinggi kerajaan.
Apa yang ingin KS ulas kali ini
bukan isu buang sampah dari tingkat atas rumah flat atau tidak flush kencing
selepas menggunakan tandas awam yang sering dikaitkan dengan minda masyarakat
kelas ketiga.
Tetapi ia adalah isu 'sampah' dan
'najis' bukan fizikal berbentuk fitnah atau propaganda jahat yang
'dibuang' menerusi media-media khususnya media sosial.
Sampah dan najis ini jika tidak
dicuci maka itulah yang akan masuk dan dihadam dalam minda masyarakat.
KS bawakan contoh najis yang
dilempar kepada masyarakat, telah diviralkan kononnya dua kes berprofil
tinggi yang disiasat SPRM iaitu kes melibatkan bekas Pengerusi Tabung Haji,
Azeez Rahim dan kes bekas Menteri Wilayah, Tengku Adnan Mansor telah
'dilindungi' oleh 'orang berkuasa dalam SPRM'.
Didesak pula untuk menubuhkan
Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat 'orang berkuasa dalam SPRM itu'. Pelik.
Berita-berita beginilah yang KS
katakan sebagai sampah atau najis yang dilempar dan dihambur kepada masyarakat
untuk dihadam.
Keji bukan?
Orang ramai yang tidak mempunyai
akses atau sumber-sumber kredibel berkaitan siasatan ini, sudah pasti menerima
fitnah ini sebagai sesuatu yang sahih.
Tetapi berdasarkan maklumat
risikan, ternyata perkara ini sampah yang bertujuan menjatuhkan maruah SPRM.
Penyebar fitnah ini terlalu dangkal umpama mempunyai ketulan najis menyekat
fikirannya disebabkan mempunyai dendam politik.
Mereka bukan tidak tahu, siasatan
terhadap Azeez Rahim kini sudah sampai ke penghujungnya hanya menunggu masa
untuk diheret ke mahkamah sahaja.
Kalau sudah main duit tunai
berguni-guni, mamak bekas penjual kereta terpakai ini pasti tidak dapat lari
jika dituduh berkaitan pengubahan wang haram.
Begitu juga dengan siasatan kes
terhadap Ku Nan, sudah ada bukti kukuh untuk sabitkan dia dengan kesalahan
mengikut akta SPRM.
Biarlah SPRM buat kerja mereka,
jangan membuat fitnah dengan memburuk agensi keramat ini hanya kerana dendam
politik.
Bukan itu sahaja, dalam isu
berlainan, peguam bela bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar
Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid pula menyatakan tindakan SPRM
mendedahkan maklumat siasatan berhubung rampasan AS$6.3 juta kepada media
telah memprejudiskan anak guam mereka.
Kenyataan ini juga adalah
tergolong sejenis sampah yang dilempar untuk mengotorkan minda masyarakat.
Pesan KS, sebagai seorang
pengamal undang-undang perlulah rajin mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa
yang termaktub dalam Sekyen 29(4) Akta SPRM. Siapa yang boleh membuat
pendedahan mengenai siasatan?..Baca, baca dan baca.
Lagipun, jika tidak berpuas hati,
mohonlah gag order dari mahkamah dan bukannya membuat bising di sana-sini
hingga mengotorkan minda masyarakat dengan palitan sampah-sampah.
KS: Demi negara, tidak akan jemu
membersihkan najis. Salam Sayangi Malaysiaku.
Comments
Post a Comment