Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan al-Bukhari, Rasulullah
SAW bersabda, "Akan datang bagi manusia satu zaman di mana orang tidak
peduli lagi apakah harta yang diperolehinya halal atau haram."
Dan sebuah hadis lain Rasulullah SAW bersabda: “Setiap
daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api
neraka.”
Sejauh manakah mereka yang mengamalkan rasuah menterjemahkan
hadis ini dalam bentuk tindakan?
Memang benar wang boleh menjadi ‘hantu’ yang merasuk
seseorang.
Kuasa yang dimiliki bukan lagi dianggap satu amanah dan
tanggungjawab sebaliknya ‘lubuk’ bagi meraih keuntungan serta mahu hidup senang
dengan cara mudah.
Namun kesan akibat perbuatan tidak amanah itu bagaikan ‘bom
jangka’ kepada bangsa, agama dan negara apatah lagi jika ia melibatkan mereka
yang diberikan tanggungjawab untuk menegakkan undang-undang dan mengawasi harta
negara supaya tidak mengalir secara haram ke luar negara.
Kita sudah bosan mendengar cerita-cerita bagaimana ada
ketua-ketua jabatan atau mereka yang berkuasa dalam sesuatu jabatan atau
mempunyai kuasa dibiayai oleh ‘tauke-tauke’ untuk sesuatu majlis yang
dianjurkan.
Ini belum lagi mengambil kira ‘gosip-gosip’ bagaimana
‘tauke-tauke’ menaja bercuti..berhibur sama ada di dalam atau luar negara.
Penajaan yang dibuat sudah tentu ada maksud tersirat, kalau
seseorang itu tidak mempunyai kuasa mana mungkin akan ada ‘tauke-tauke’ mahu
melakukan kebaikan seumpama itu, memetik satu dialog dalam filem P.Ramlee, “Ya
baik..baik ada makna tu’.
Kelompok seumpama ini tidak perlu diberi peringatan dari
segi agama kerana mereka pasti mengetahui hukum hakamnya tetapi mereka harus
dibanteras dengan apa cara sekali pun.
Bagaimanapun sama ada gejala rasuah boleh bermaharajalela
atau tidak ia terpulang kepada individu itu sendiri khususnya mereka yang
mempunyai kuasa.
Dalam Islam, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam sebuah
hadis maksudnya; “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya
tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh
anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim).
Bercerita tentang hati, KS teringat dengan luahan hati DS
Shukri Abdull, yang pernah diugut bunuh, keluarga terancam, difitnah dan pelbagai lagi
ancaman buruk diterima semata-mata beliau menjalankan tugasnya... apa yang
dikatakan Shukri...ia memperlihatkan betapa bersungguh-sungguh SPRM menjalankan…
Inilah pejuang rasuah sejati...
Cerminlah diri kita terlebih dahulu, apakah pengorbanan yang
paling besar pernah kita lakukan demi memerangi rasuah atau membantu negara??..
Salam Aidiladha.
Comments
Post a Comment