CURI DANA: SPRM PERLU PANGGIL RAMAI LAGI!!!



Terfikirkah kita apa yang didedahkan di dada-dada media hanyalah mengenai perbuatan sekumpulan 17 pengawal keselamatan mencuri wang yang dipercayai dana pilihanraya berjumlah RM3.5 juta dalam bilik bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri.

Mereka melakukan perbuatan itu pada malam 9 Mei lalu sebaik menyedari BN sudah tewas dan kerajaan baru akan mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Daripada kejadian tersebut, sekurang-kurangnya ada dua persoalan yang bermain-main di kepala orang ramai ketika ini:-

Pertama, adakah hanya RM3.5 juta itu saja yang disimpan atau merupakan lebihan kegunaan pilihanraya yang ada di pejabat Najib?

Jika  ada lebih banyak yang mungkin disimpan di pejabat Najib, ke manakah perginya wang-wang tersebut?

Kedua, kiranya pengawal keselamatan pun boleh tahu mengenai wang dalam pejabat Najib, apakah mungkin ada pihak-pihak lain yang bekerja dengan Perdana Menteri ketika itu lebih mengetahui tentang berapa jumlah beg atau kotak yang ada tersimpan dalam Pejabat Perdana Menteri?

Dalam konteks itu, memang mustahak sebenarnya untuk pihak SPRM memanggil Najib bagi diambil keterangannya mengenai wang tersebut.



Selepas keterangan Najib diambil, barangkali boleh dipertimbangkan  juga untuk SPRM memanggil semua pegawai dan kakitangan yang pernah bekerja dengan Najib yang tentunya bebas keluar masuk ke Pejabat Perdana Menteri pada bila-bila masa sebelum secara rasmi diumumkan tumbangnya BN pada subuh 10 Mei lalu.

Kamera CCTV atau litar tertutup pula mungkin boleh dilihat semula untuk mengetahui sesiapa yang ada memasuki Pejabat Perdana Menteri ketika itu.

Selain untuk mengetahui berapa banyak wang yang tersimpan di pejabat Najib, penyiasatan lebih menyeluruh oleh SPRM juga penting  untuk menentukan kebarangkalian tiada pihak-pihak lain yang mungkin lebih dulu serta  cekap daripada 17 pengawal keselamatan dalam melakukan pencurian dana pilihanraya yang tidak mustahil jumlahnya lebih banyak daripada RM3.5 juta itu.

KS: Sumber rasmi memberitahu bekas KP SPRM, TS Dzulkifli Ahmad juga dikatakan menerima ‘dana khas’ dari Najib…untuk apa dana itu??? Jika benar, SPRM juga harus panggil bekas KPnya itu. Adakah dana itu untuk SPRM atau untuk team punai berjoli???

Comments