Selepas desas-desus mengatakan
perbicaraan kes Lim Guan Eng bakal digugurkan yang kini keputusannya telah
ditangguhkan, timbul pula berita sensasi mengenai tiada bukti dapat mengaitkan
Mohd Shafie Apdal dalam penyalahgunaan dana RM1.5 bilion di Sabah ketika
menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Perkara itu diumumkan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong ketika menjawab soalan
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman di Dewan Negara.
Katanya, Pejabat Peguam Negara
mengesahkan Mohd Shafie tidak akan didakwa berikutan tiada bukti mencukupi
untuk mendakwa beliau.
Dalam hal sebegini, KS yakin orang ramai pasti menuding
jari ke arah SPRM. Tidak dapat tidak SPRM pasti dikatakan sebagai punca kes ini
gagal mencapai klimaks.
Buat masa ini, KS tidak mahu ulas
lanjut pasal Shafie Apdal ini. Tapi KS ingin menarik perhatian orang ramai
supaya melihat satu lagi siasatan kes 'popular' era TS Dzulkifli iaitu kes Ijok
dan UNISEL.
Apakah penghujung siasatan kes
penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18
bilion kepada pemaju swasta??
KS pasti Vui Keong ada jawapannya
walaupun soalan ini tidak ditanya di Dewan Negara.
Adakah jawapan yang sama?..SPRM
sekali lagi gagal mencapai klimaks dalam siasatan kes Ijok?
Jika begitulah skrip jawapannya,
maka KS seperti menghidu sesuatu yang kurang enak.
KS: Potong stim laa kalau tengok
orang main bola tak sumbat gol. Striker kayu ke??
Comments
Post a Comment