ADAKAH RUKUNEGARA DALAM HATI WARGA MALAYSIA???



Selamat Hari Kebangsaan.

Sempena Hari Kebangsaan ini ini marilah kita menghayati Rukunegara kita.

Rukunegara yang telah dikumandangkan sejak 1970:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Tapi sejauh manakah kita menghayati Rukunegara ini selepas 47 tahun?

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN - telah ada ramai juga rakyat kita yang atheis atau tak percaya Tuhan, sama ada orang Cina, India, dan baru-baru ni ada Melayu atheis pulak.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA - telah ada rakyat Malaysia yang mempermainkan institusi keRAJAan. Mengutuk RAJA melalui media sosial dan sebagainya. Telah ada rakyat kita ada ada dua kewarganegaraan, termasuk yang kononnya memimpin. SETIAkah begitu?

KELUHURAN PERLEMBAGAAN - telah ada rakyat kita yang tidak menghormati Perlembagaan. Perlembagaan kita menetapkan Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ramai yang mempersoalkan tentang kedudukan agama Islam. Ramai juga yang tidak menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas 60 tahun merdeka Bahasa Melayu masih belum digunakan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Sebahagian orang Melayu sendiri pun tidak bangga dengan bahasanya, malah menggunakan bahasa lain dalam urusan rasmi kerajaan.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG - ramai juga antara kita yang hanya akur kepada undang-undang apabila ada polis. Undang-undang kata jangan buang sampah, kita buang sampah juga. Undang-undang kata jangan memandu di lorong kecemasan, kita masuk juga.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN - di mana sopan dan susilanya kita apabila kejadian buli menjadi-jadi dalam kalangan orang muda kita? Dan orang yang tak berapa muda pula bercakap macam samseng termasuk yang ada kedudukan.

Jadi kita dah banyak melanggar Rukunegara kita sendiri. Rukun Islam kalau dilanggar, maka tidak sempurnalah Islam seseorang itu.

Malah Rukun Islam yang pertama (mengucap dua kalimah syahada) jika dilanggar ertinya tidak Islam. Rukun Haji kalau dilanggar, tidak dapat Haji.

Maka RUKUNEGARA jika dilanggar apakah implikasinya???

Apakah Rukunegara ini hanya sesuai diterapkan di belakang buku latihan sekolah rendah sahaja??? Atau adakah sebarang usaha untuk menerapkan RUKUNEGARA ini dalam hati setiap kita yang bernama WARGA MALAYSIA???

Comments