Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid
Hamidi, akan menyambung memberi keterangan kepada SPRM esok berhubung isu dana
Yayasan Akalbudi.
Hari ini, hampir lapan jam Zahid memberi
keterangan mengenai kenyataannya berhubung isu derma RM2.6 bilion yang
dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak.
"Tetapi, esok saya akan
sambung (memberi keterangan) mengenai isu Yayasan Akalbudi dan saya akan
maklumkan mengenainya esok.
"Saya ucapkan terima kasih
kerana mereka (SPRM) kerana cukup profesional dan memberikan ruang secukupnya
kepada saya untuk membuat penjelasan," katanya.
Menurutnya, beliau amat yakin
bahawa isu-isu berkaitan persoalan yang selama ini menjadi persepsi rakyat
dapat dirungkaikan oleh SPRM.
Berhubung keterangannya mengenai
kenyataan isu derma berkenaan, Zahid berkata SPRM mahu penjelasan terperinci
mengenai maklumat pertemuan itu memandangkan sebelum ini suruhanjaya itu hanya
memperoleh maklumat berkenaan menerusi media.
Siasatan terhadap Zahid bukan
saja berkaitan salah guna wang yayasan yang dipengerusikannya, tetapi juga
mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa beliau pernah bertemu wakil keluarga
Diraja Arab Saudi yang kononnya memberi derma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.
Apa agaknya jawapan Zahid hari
ini dan esok kepada pegawai penyiasat SPRM mengenai saksi yang didakwa pernah
ditemuinya itu?
Masihkah beliau mahu
mempertahankan kenyataan itu atau akan berubah nada setelah Najib bukan lagi
sebagai Perdana Menteri?
Berkaitan Yayasan Akalbudi yang
didakwa ditubuhkan yang tujuan asasnya untuk membantu orang miskin, anak yatim,
pusat tahfiz, pembinaan masjid dan sebagainya digunakan untuk membayar kad
kredit sendiri dan isterinya?
Apakah Zahid tidak cukup wang
sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadi?
Daripada manakah pula datangnya
sumber wang yayasan tersebut?
Apakah benar ia sumbangan
rakan-rakannya yang mahu beramal jariah atau hasil komisyen projek-projek
kerajaan yang diberikannya kepada kawan-kawannya?
Jika sebahagian wang dalam
yayasan itu merupakan duit komisyen, tidak rasa bersalahkan ia digunakan untuk
membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan
sebagainya?
Lebih menarik dan tertarik, malam
ini juga Zahid telah membuat ‘Rumah Terbuka’ kepada pegawai penyiasat SPRM.
Takkanlah dah jadi Presiden UMNO, buat Open House untuk SPRM sahaja??? Mungkin
sebab akaun dibeku barangkali…tak cukup bajet…
Berapa ratus juta atau billion pula
penemuan SPRM di rumah Zahid malam ini?
Esok pula, Riza Aziz, anak tiri
Najib yang merupakan kawan rapat Jho Low dan didakwa terlibat menerima
sebahagian dana 1MDB yang dilencongkan, merupakan giliran seterusnya yang akan
dipanggil ke ‘Rumah Terbuka’ SPRM.
Riza Aziz dijangka datang ke
pejabat SPRM pada jam 2.00 petang.
Berapa lama pula agaknya Riza
Aziz akan disiasat esok?
Adakah selepas disiasat dan
diambil keterangannya, Riza Aziz akan ditahan reman dan merasa dipakaikan baju
berwarna oren?
Sebelum ini, selain Najib dan
Rosmah turut disiasat SPRM, beberapa tindakan seperti rampasan wang tunai,
barang kemas dan pembekuan beberapa akaun bank sudah pun dilakukan.
Hari ini juga Task Force 1MDB dilapor
sudah membekukan 408 akaun bank yang melibatkan individu, parti politik serta
NGO dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM1.1 bilion.
Hmmmm...makin demamlah… Malapetaka
yang datang bagaikan diberikan kad undangan!!!
Comments
Post a Comment