TIADA DUIT BAYAR IKAT JAMIN??? TAPI BOLEH PULA BAYAR WANG GUAMAN DAN SAMAN GUAMAN???



Hari ini, adalah hari di mana Najib Razak perlu melangsaikan baki RM500 ribu daripada RM1 juta wang jaminan yang dikenakan mahkamah terhadapnya.

Atas alasan semua akaun bank milik beliau, isteri dan anak-anaknya dibekukan oleh SPRM, melalui anak perempuannya, Nooryana Najwa, Najib hanya dapat membayar RM500 ribu wang jaminan pada hari pertuduhan dikenakan terhadapnya, Rabu lalu.

Dengan budi bicara mahkamah dan hakim yang baik hati, baki RM500 lagi ditangguhkan pembayarannya sehingga hari ini.

Sehubungan itu, atas nama untuk membantu Najib yang dianggap kesusahan dan tidak berwang, sebuah tabung segera diwujudkan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang bersimpati terhadapnya.

Sehingga ini, dilaporkan lebih RM200K telah berjaya dikumpulkan dan tidak dipastikan sama ada jumlah RM500K yang diperlukan itu dapat dikutip atau sebaliknya.

Juga tidak dapat dipastikan berapa ramai pemimpin UMNO dan bekas-bekas menteri yang kebanyakan anak-anak mereka memandu Ferrari atau Lamboghini, turut sama menyumbang kepada tabung tersebut.

Yang pastinya, ada seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian yang sanggup menyerahkan gelang kesayangannya kepada tabung tersebut dengan niat untuk membantu Najib yang dianggapnya dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

Najib sendiri dalam responnya di media sosial, melahirkan rasa terharunya atas kesanggupan Ketua Wanita UMNO berkenaan menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi, benarkan Najib tiada wang dan tidak mampu membayar baki wang jaminan sebanyak RM500K itu?

Di manakah rakan-rakan dan adik-beradik Najib yang diketahui kaya raya dan berharta belaka?

Apakah benar mereka tidak langsung menghulurkan sebarang bantuan kepadanya untuk membayar wang jaminan?

Kenapa hanya anak perempuan Najib saja yang berbuat demikian?


Di mana kesediaan anak-anak Najib daripada perkahwinannya terdahulu dalam menolong ayah sendiri, termasuk salah seorang daripadanya yang didapati bersuka ria dengan artis Taiwan, baru-baru ini?


Selain itu, ketika pertuduhan dihadapkan kepadanya di mahkamah Rabu lalu, meskipun ketika itu akaun banknya sudah dibekukan, Najib disedari telah diwakili oleh pasukan peguambela yang diketuai oleh peguam tersohor, Shafee Abdullah.

Melihat kepada kes yang dihadapi Najib, kedudukan beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan  terbilangnya status Shafee sebagai peguam, adalah dijangkakan yuran guamannya itu boleh mencecah angka puluhan juta ringgit jumlahnya.

Bagaimanakah Najib membayar wang guamannya itu?

Adakah beliau menggunakan wang sendiri atau melalui rangkaian kawan-kawan dan adik-beradiknya?

Jika Najib menggunakan wang sendiri untuk membayar yuran guaman itu, mungkin melalui sumber yang kita tidak ketahui, mengapakah beliau tidak mengenepikan sebahagian kecil daripadanya untuk membayar wang jaminan yang dikenakan terhadapnya?

Bagaimanapun, kalau kos guaman itu ditolong-bayar oleh kawan-kawan dan adik-beradiknya, kenapakah mereka tidak mahu turut membayar wang jaminan Najib?

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, melalui sebuah firma guaman lain, Najib turut mengemukakan saman terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Amar Singh dan dan Peguam Negara, Tommy Thomas atas dakwaan mereka bersikap prejudis terhadapnya.

Bagaimanakah juga Najib membayar yuran guaman untuk tindakan saman itu???

Jika difikir-fikir, adakah Najib benar-benar tiada wang untuk membayar baki wang ikat jamin sebanyak RM500K sehingga sebuah tabung perlu diwujudkan???

Comments