Media sosial khususnya blog
dicipta untuk memudahkan komunikasi antara sesama manusia. Banyak manfaat yang
kita boleh perolehi melalui perkongsian maklumat di blog ini. Itu pun kalau
kita bijak menggunakannya.
Bagaimana pun mutakhir ini blog
menjadi medan masyarakat kita menabur fitnah. Saban hari bermacam2 fitnah yg
dicipta oleh pencipta fitnah kemudian disebarkan oleh pembaca tanpa usul periksa.
Dan paling dikesali apabila
fitnah ini melibatkan saudara kita orang Melayu yang sudah tentu beragama
Islam.
Justeru setiap kali menerima
posting yg menyentuh hal orang lain atau mengutuk atau menghina orang lain,
periksa dulu kesahihannya sebelum kita share.
Terkini SPRM mula ‘diserang’ dan sudah
tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada KP SPRM, DS Shukri Abdull.
Taktik kotor dan jijik tersebut
digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan
rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM.
Perbuatan jahat itu dilakukan
kerana mereka semakin ‘intai kasih’ berikutan tindakan agresif yang memastikan
SPRM bertindak tanpa memilih bulu.
KS nak pesan, jadikan firman
Allah ini sebagai panduan, "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada
kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan
kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat: 6)
Ingat lah saudara ku, malaikat
tak pernah bercuti. Sentiasa memerhati dan mencatat setiap perbuatan kita
termasuk semasa kita menggunakan media sosial.
Yang dicatat itu adalah bahan
bukti yang akan digunakan dalam perbicaraan kita di hadapan Rabbul Jalil nanti.
Takutilah wahai saudara ku. KS
hanya tolong mengingati, diri sendiri serta saudara saudari... Nanti merangkak
meminta maaf nanti, masa itu ‘sumber dalaman’ dah tidak dapat membantu…silapa-silap
dijawapnya sedang sambung belajar.
Comments
Post a Comment