Punahsihat NajibRazak nampaknya
terus menerus berusaha 'menggali kubur' untuk tuan mereka...kebebalan mereka
seolah-olah tidak bertepian atau sempadan...tidak dapat dibendung lagi..
Begitu juga Tuan punya badan yang
semakin hari semakin tidak mampu berfikir waras lagi lantas mengikut sahaja
kata-kata punahsihat yang menjerut lehernya....
Kini mereka cuba menarik simpati
rakyat dengan drama meruntun jiwa...Tetapi Allah itu Maha Agung...lagi mereka
menipu lagi banyak kisah dunia gelap mereka dibongkar...
Drama bermula dengan alasan semua
akaun bank milik DS Najib Razak, isteri dan anak-anaknya dibekukan oleh SPRM,
sehingga tidak mampu membayar wang jaminan.
Bagi membantu Najib yang dianggap
kesusahan dan tidak berwang jugalah, maka sebuah tabung bantuan segera
diwujudkan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang bersimpati terhadapnya.
Sehinggakan ada seorang Ketua
Wanita UMNO Bahagian yang sanggup menyerahkan gelang kesayangannya kepada
tabung tersebut dengan niat untuk membantu Najib yang dianggapnya dalam
kesusahan dan memerlukan bantuan.
Najib sendiri dalam responnya di
media sosial, melahirkan rasa terharunya atas kesanggupan Ketua Wanita UMNO
berkenaan menghulurkan bantuan kepadanya.
SOALAN PERTAMA, benarkan Najib tiada wang dan tidak mampu membayar
wang jaminan itu?
Najib pun kononnya meluahkan
kekesalannya dalam laman sosial Facebook miliknya selepas mendapati akaun
peribadinya turut dibekukan dan ia hanya disedari selepas ceknya untuk membayar
bil perubatan anaknya, Puteri Norlisa yang menderita kanser darah tahap empat
ditendang bank.
Puteri Norlisa berada dalam
keadaan tertekan ekoran akaunnya miliknya turut dibekukan oleh SPRM.
SPRM nampak macam sial lah
sangat, tidak berperikemanusiaan!!!
Sanggup membekukan akaun pesakit kanser.
SOALAN KEDUA, di manakah adik-beradik dan anak-beranak Najib yang
diketahui kaya raya dan berharta belaka? Tidak kesiankah pada adik-beradik dan
anak saudara yang sakit kanser?
Dalam keadaan tidak berduit dan
hanya mengharapkan bantuan dari tabung bantuan, mampu pula Najib membayar yuran
guaman peguam belanya dan tindakan saman
terhadap tiga penyiasat kanan yang dianggarkan boleh mencecah angka puluhan
juta ringgit jumlahnya.
Tapi tidak tahu apa sebabnya,
saman terhadap tiga penyiasat tersebut ditarik balik..
SOALAN KETIGA, bagaimanakah Najib membayar yuran guaman itu
semua???
Dalam keadaan tidak berduit dan
hanya mengharapkan bantuan dari tabung bantuan juga heboh pula Nazif Najib
dilihat hadir ke stadium di Rusia menonton perlawanan akhir World
Cup..sekaligus menarik perhatian dan menimbulkan persoalan yang meragui
kemampuan ahli keluarga Najib untuk berbelanja namun tidak mampu membayar
sendiri wang ikat jamin sehingga perlunya tabung bantuan.
Kenapa tidak Nazif saja membantu
si bapa? Sang anak dalam keadaan tidak berduit sempat lagi berhibur sakan di
Rusia dan beromantis di Taiwan.
SOALAN KEEMPAT, adakah berhibur dan bergembira di luar negara lebih
penting daripada membantu bapa sendiri?
Dari empat soalan diatas maka
rakyat Malaysia hari ini yakin bahawa salah laku Najib dan keluarganya,
disertai pula gaya hidup mewah, pembaziran dan segala macam onar lainnya adalah
paling dahsyat dalam sejarah negara dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana
era kepimpinan terdahulu.
Macai-macai perlu ingat rakyat
sebagai pembayar cukai yang dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos sebelum
ini, tidak perlu bersimpati atau menzahirkan rasa kesian terhadap Najib.
Apa yang berlaku sekarang adalah
kerana rakyat sendiri berkehendakan demikian untuk negara terus bergerak ke
hadapan dan menuju pemulihan yang sebenar-benarnya.
Macai-macai perlu fikir juga
bagaimana daripada ribu-ribu juta hutang dilencongkan yang kemudian digunakan
untuk bermewah, berpesta, membeli hartanah di seluruh dunia, bermurah hati
membeli barang-barang kemas sebagai hadiah dan sebagainya.
Fikirlah seterusnya bagaimana
Najib Razak dan keluarganya memiliki simpanan tunai dalam 26 jenis matawang
berjumlah RM116 juta di rumahnya beserta beg tangan, barangan kemas, jam tangan
dan sebagainya yang jumlahnya mencecah ribuan juta.
Fikir...fikir...fikir dan adakah
nasib serta keadaan kita sebagai rakyat difikirkan oleh Najib dan puak-puaknya
yang terkait sebelum ini?
SOALAN KELIMA DAN CEPU EMAS, berapa billion lagikah harta Najib di
luar negara yang bakal dibekukan???
Tunggu tangkapan dan pertuduhan
seterusnya…maka terkuburlah macai-macai mati kebuluran akibat ternganga tadah
dedak!!!
Comments
Post a Comment