KHAS BUAT #MACAI YANG TIDAK BIJAK AKA BANGANG FOREVER!!!



DS Shukri Abdull baru mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya pada 6 Julai lalu. Tetapi bermacam-macam tindakan drastik telah beliau ambil bagi membaipulihkan imej SPRM yang teruk tercemar dek kerakusan kepimpinan terdahulu.

Tetapi bolehkah Shukri bertindak sebelum mengangkat sumpah?

Adakah beliau tidak sabar untuk membalas dendam?

Ada yang kata beliau prejudis terhadap siasatan???

KSN, TS Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 21 Mei 2018 berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.


Katanya, perlantikan Shukri adalah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya yang baharu.

Jelaslah, Shukri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lagi.

Ada pula menyerang Shukri Abdull dan mempersoalkan tindakan yang telah diambil oleh Shukri Abdull. Katanya, Shukri bertindak diluar bidang kuasa dan prejudis terhadap Najib Razak.

Mereka merapu itu tidak kisah sangatlah... sebab mereka memang dari dulu begitu...tapi mereka macam tidak sedar bahawa mereka kini telah memudahkan laluan tokey mereka ke Sungai Buloh...

Atau memang itu tujuan mereka??...tapi tidak mungkin pula, sebab kalau tokey sudah di sebalik tembok...sapa hendak payung lagi?..dedak pun semua dah beku...

Sudah-sudahlah mengaitkan atau mempergunakan SPRM untuk agenda politik kotor mereka.


Buat macai-macai prepaid, sudah-sudahlah 'membunuh' tokey mereka dengan cara ini...rakyat bijak menilai...lagipun mereka bukan memerintah lagi…sampai bila agaknya puak-puak ini hendak sedar?...

Kalaulah macai-macai prepaid bijak, KS ingin bertanya kenapa Tokey mereka  memfailkan saman ex-parte terhadap Shukri selaku KP SPRM???

Saman ex-parte adalah saman yang tidak perlu diserahkan kepada pihak lawan. Ia dibicarakan oleh hakim dengan hanya mendengar 1 pihak sahaja, iaitu pihak yang menyaman.

Jikalau benar saman itu adalah saman ex-parte, KS rasa hairan kenapa pula saman yang begitu penting begini dan melibatkan penjawat awam dalam institusi yang amat penting dalam sistem keadilan jenayah kita difailkan secara ex-parte???

Atau sebenarnya ini adalah satu percubaan untuk menghalang Shukri dari menjalankan tugas beliau mengikut undang-undang yang telah ditetapkan???



KS nak pesan satu je… Yang di-Pertuan Agong telah perkenankan Shukri sebagai KP SPRM… Jangan sesekali cuba mempertikaikannya… Nanti dituduh derhaka… Takbirrrr!!! Allahuakbar...

Comments