Satu demi satu episod pembongkaran semula skandal-skandal
rasuah mega yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Jika dulu, kerajaan yang berkuasa
begitu menggila menutup segala kemungkaran mereka dengan bantuan pihak-pihak
tertentu, kini perkara itu mustahil boleh dilakukan.
Tangan dan kaki mereka kini sudah
ditambat...Kini tiba masa penyamun-penyamun bersama konco-konconya pula diheret
kemuka pengadilan.
Siasatan rompakan 1MDB dan dana
RM2.6 bilion dan rasuah-rasuah mega lain 100% telah diaktifkan.
Ingat!..tindakan ini bukan dendam
kesumat tapi keadilan buat rakyat yang telah merana akibat kerakusan
penyamun-penyamun tersebut.
Tapi malangnya, bagi konco-konco yang
sebenarnya sudah kecut perut dan cuba mengelirukan semua pihak dengan membuat pelbagai
cerita palsu.
Konco-konco lupa, sebenarnya hari
ini SPRM di bawah kepemimpinan KP SPRM, DS Shukri Abdull telah mewujudkan satu
kesedaran luar biasa dalam kalangan rakyat berhubung perbuatan rasuah dan salah
guna kuasa.
Kalau mahu dilihat dari setiap
sudut tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPRM sememangnya ramai berada dalam
keadaan ‘ketagih simpati’.
Tidak hairanlah sejak
kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan
‘ditujukan khas’ kepada KP SPRM sendiri.
Taktik kotor dan jijik tersebut
digunakan dengan harapan mewujudkan kesangsian atau persepsi dalam kalangan
rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM.
Perbuatan jahat itu dilakukan
kerana mereka semakin ‘intai kasih’ berikutan tindakan agresif yang memastikan
SPRM bertindak tanpa memilih bulu.
KS: Teringin hendak sambung belajar....dengar-dengar ramai sumber dalaman SPRM 'sambung belajar'...sambung belajar sebab apa itu???
Comments
Post a Comment