ECRL PROJEK UNTUK RAKYAT ATAU PROJEK MENGUNTUNGKAN PIHAK TERTENTU!!!



Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang memperuntukkan kos sejumlah RM55 bilion asalnya bukan sahaja tidak berdaya maju dan mampan sebaliknya, ia bakal membebankan rakyat setelah projek berkenaan siap.

Malah ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat sebagai satu projek yang tidak munasabah.

Pada Mei lalu, Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, jumlah kos RM55 bilion seperti yang dinyatakan sebelum ini hanyalah untuk fasa pertama bagi projek pembinaan tersebut.


Jika termasuk fasa kedua mungkin ada tambahan dalam RM11 bilion dan jika lihat dengan kadar faedah yang dikenakan dan lain-lain, kemungkinan kos bagi pembinaannya boleh mencecah lebih lagi.

Jelaslah ECRL, Malaysia akan menanggung segala risiko dalam menyelesaikan hutang terbabit bersama faedah dalam tempoh dua dekad.

Mengapa kerajaan BN pada masa itu tidak menambah baik sistem landasan kereta api sedia ada?

Adakah tidak boleh dipakai?

Kereta api laju ini untuk siapa? Adakah orang dari Kota Bharu atau Kelantan akan datang kerja setiap hari di Kuala Lumpur?

Malah, pinjaman yang dibuat Malaysia daripada Export-Import Bank of China (Exim Bank) akan digunakan untuk membayar China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor utama ECRL.


Pembayar cukai Malaysia sudah pasti akan menjadi penjamin bagi pinjaman itu.

Bayangkan dengan pengiraan, kita menganggarkan kadar faedah paling rendah adalah tiga peratus untuk 20 tahun menjadikan jumlah keseluruhan faedah adalah RM18.2 bilion dan jumlah keseluruhannya RM73.2 bilion.

Jika dibahagikan dengan jumlah harian ia menjadikan kos setiap hari yang perlu ditanggung adalah RM10 juta. Bagaimanapun, kos ini tidak termasuk dengan kos operasi dan penyelenggaraan.

Logik atau benarkah justifikasi membangunkan ECRL adalah bagi menampung hampir 60 juta tan muatan setiap tahun menjelang 2035?

Ini sesuatu yang luar biasa memandangkan KTM hanya membawa kira-kira enam juta tan setahun dalam keseluruhan rangkaiannya di seluruh negara.

Jika lonjakan besar dalam jumlah kargo yang diunjurkan tidak menjadi kenyataan, projek itu akan kerugian besar, bermaksud pembayar cukai untuk generasi seterusnya perlu membayar hutang projek ECRL.

Maka tidak peliklah tindakan SPRM menyerbu 13 lokasi di Lembah Kelang minggu lepas dan merampas dokumen berkaitan projek mega tersebut dan 2 lagi projek mega.


Banyak keraguan disitu…dan mungkin ramai lagi akan melalak kerana projek BN yang menguntungkan kroni dicaras lagi…Pedih…. belanja besar dan meninggalkan beban hutang berat yang ditanggung orang ramai.

KS: Kereta api laju mana di dunia yang telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan tetap sepanjangnya selepas kerja pembinaan selesai? Di China? Jepun? Eropah? Amerika?

Comments