Berbuih sudah mulut KS menasihati orang-orang politik supaya
tidak mengaitkan atau mempergunakan SPRM untuk agenda politik kotor mereka.
Perangai orang politik di Malaysia ini rata-rata sama
sahaja... Bila mereka kena, mereka hina SPRM, bila mereka hendak kenakan musuh
politik, mereka berduyun-duyun memuja SPRM...
Ini bukan cerita baru...cerita lama…lama sangat dah....
Kebebalan mereka memang amat sukar untuk dipulihkan.
Sebabnya mereka memang sengaja memilih untuk jadi bebal. Benda yang tidak pelik
dalam dunia politik.
Lihat saja baru-baru ini, tiba-tiba keluar khabar angin
kononnya SPRM tutup kes melibatkan Shafie Apdal.
Cerita ini pula digembar-gembur pula oleh bekas KP Jasa, si Wak Puad Zarkashi yang mencabar
SPRM membuat penjelasan berkaitan kes itu yang kononnya digugurkan demi
menyelamatkan Shafie.
Begitu juga dengan blogger-blogger prepaid lain termasuk RPK
yang hidup dalam pelarian itu.
Apa yang mereka ini tiba-tiba jadi macam kera makan belacan
hingga hendak cabar mencabar ni?...
Sebelum hendak menyebarkan apa-apa dakyah, lebih baik kaji
dahulu kesahihannya.
Jika benar mereka kata SPRM lindungan seorang wanita pegawai
PTD dalam kes ini, pergilah buktikan dan
buat laporan pada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
atau SUHAKAM atau mana-mana yang mereka rasakan berkaitan.
Jika ada bukti lagi pasal kes ini, pergilah tolong SPRM,
bukan melalak seperti anjing. Jika dulu boleh datang berduyun-duyun, kenapa
sekarang tidak boleh?
Sekarang ini, kamu reka cerita kemudian suruh KP SPRM
mengaku. Cukup-cukuplah dengan politik bangang yang terbukti telah membenamkan
parti kamu itu sendiri.
Macai-macai ini tidak tahukah sekarang ini bukan tutup kes,
malah pelbagai kes lain pula dibuka.
Yang peliknya, kenapa mereka mempersoalkan SPRM jika tiada
tindakan pendakwaan bagi sesuatu kes?
Adakah macai mengetahui bidang kuasa dan tugas SPRM?
Selepas siasatan dibuat, untuk menentukan pertuduhan ialah
Peguam Negara, jadi tanyalah Peguam Negara kenapa tiada pendakwaan.
Tindakan menghentam SPRM adalah sesuatu yang tidak logik.
Macai-macai ini kata faham undang-undang tapi bidang kuasa SPRM pun mereka
gagal fahami.
Sama juga dengan kes Lim Guan Eng, bukan SPRM yang
tangguhkan tetapi mahkamah. Kes telah pun didakwa dan untuk teruskan ialah
peranan Peguam Negara.
Peguam Negara perlu meninta mahkamah teruskan dan SPRM tidak
layak untuk berbuat demikian.
Jadi, kepada semua di luar sana. Fahami fungsi dan
tanggungjawab sesuatu agensi sebelum meloncat seperti kera makan belacan.
Ini janji KS, jika benar Shukri Abdull, Azam Baki atau mana-mana
pegawai SPRM cuba untuk menutup kes yang disiasat, KS sendiri akan bongkar!!!
KS: Takbirrrr!!!
Allahuakbar...
Comments
Post a Comment