Akhirnya khabar angin tentang kes
rasuah Lim Guan Eng bakal digugurkan yang KS dengar sejak beberapa minggu lalu,
hari ini mula dimainkan di mainstream media...
Bukan KS tidak mahu ambil
peduli...tapi kali ini KS ambil pendekatan tunggu dan lihat...
KS teruja hendak lihat permainan
orang-orang politik yang baru diangkat oleh rakyat untuk menunaikan janji
mereka… Lihat saja dalam janji PTPTN…apa kesudahannya???
Janji dalam menangani isu rasuah
yang kononnya mereka amat-amat benci....walaupun sudah nampak ada unsur-unsur
janji 'ke laut'...tapi masih belum terlambat untuk mereka bertaubat...
OK…KS tidak mahu melalut atau
potong stim...
Dipendekkan cerita, Tommy Thomas
sebagai Peguam Negara yang dulunya peguam LGE dalam kes ini perlu jawap dakwaan
ini...
SPRM hari ini sudah keluarkan
kenyataan media yang jelas menolak bala ke arah Peguam Negara.
Sebab sememangnya kuasa untuk
gugurkan kes itu hanya ada pada Peguam Negara.
Persoalannya...Adakah Peguam
Negara mempunyai perangai sama sahaja dulu,kini dan selamanya??...Baik Gani,
Apandi dan Tommy??..
Jika benar hendak digugurkan..apa
asasnya?...jika sebaliknya...juga kenapa??
Hendak tunggu Isnin depan atau
Tommy hendak jawap saja esok???
KS: There's no smoke without fire...let's see!!!
Comments
Post a Comment