AWAS!!! SHUKRI ABDULL…SPRM…DALAM BAHAYA!!!



Melihat kegigihan SPRM melancarkan operasi demi operasi bagi mengheret perasuah dan yang bersekongkol dengan mereka ke muka pengadilan, KS kira tidaklah keterlaluan sekiranya ia dianggap sebagai sebuah agensi yang paling menonjol masa kini.


Malah, kalau ada pertandingan memilih pihak berkuasa paling diteropong orang ramai di negara ini, barangkali suruhanjaya itu, dengan mudahnya, menjadi juara.

Tahniah SPRM, tetapi apa pun, masih banyak ranjau dan duri yang perlu direntas dalam perjalanan yang jauh dan berliku-liku itu.

Kebelakangan ini, SPRM mula ‘diserang’ dan sudah tentulah sasaran serangan ‘ditujukan khas’ kepada KP SPRM, DS Shukri Abdull melalui ‘cubaan membunuh karakter’ yang dicanang oleh macai-macai.


Taktik kotor dan jijik tersebut digunakan dengan harapan wujud kesangsian atau persepsi dalam kalangan rakyat terhadap peribadi dan kredibiliti SPRM.

Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘kepanasan dan ketakutan’ berikutan tindakan agresif dalam diam dan elemen kejutan yang dilakukan oleh SPRM.

Inilah pejuang rasuah sejati...bukan sekadar melakukan roadtour keliling Malaysia mencari publisiti atau program-program publisiti murahan yang membazir duit rakyat...

SPRM perlu penuhi kehendak rakyat yang mahu tahu kebenaran yang disorok selama ini....iaitu kebenaran tentang siasatan yang tidak dicampuri oleh penjenayah politik...

Kenapakah tidak membiarkan sahaja SPRM menjalankan tugasnya? Kalau benar semua ahli politik benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu tindakan SPRM?

Yang ditahan bukannya terus dihantar ke penjara sebaliknya mereka di­soal siasat dan jika cukup bukti akan didakwa dan di mahkamah mereka berpeluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka.

Oleh itu, kenapakah mahu bising, mempersoalkan tindakan SPRM?

Kenapakah mahu memberi tekanan kepada agensi itu seolah-olah apa yang sedang dilakukan oleh SPRM tidak betul?

Oleh itu, kepada semua tidak kira siapa pun mereka, hormatilah tugas SPRM.

Tidak kira ahli politik pemerintah mahupun pembangkang, semuanya tidak akan terlepas jika terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Agenda jahat tersebut tidak boleh dibiarkan berjaya kerana ia akan memusnahkan impian serta harapan rakyat yang kini begitu menyanjungi ketegasan SPRM.

Barangkali ada yang cenderung untuk menganggap SPRM tidak berani bertindak terhadap jerung daripada kalangan orang politik, tetapi kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

KS percaya SPRM sendiri terus bertindak tanpa takut dan gentar.

Malah, amaran dan tindakan diambil selama ini pun rasanya sudah memadai untuk membuat ramai yang terlibat dengan rasuah secara kecil atau besar menggelupur  ibarat cacing kepanasan. Biarkan!

Tindakan yang sudah diambil, masyarakat patut memberi kepercayaan dan ruang kepada Shukri Abdull dan pegawai-pegawainya tunaikan amanah yang dipertangungjawabkan kepada mereka. 

Kita juga perlu ingat kesungguhan untuk memerangi gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa satu hal, mendapatkan kerjasama, maklumat dan bukti satu hal lain.

Kita yang sangat benci kepada rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan penyelewengan  perlu tampil memberi kerjasama.

Kita mampu kembalikan imej Malaysia sebagai negara yang bersih daripada rasuah. Insya-ALLAH!

KS: Tahniah TS Dzul yang kini peguam baru UMNO!!! Dulu kata tak minat jadi orang politik tapi lain pula nadanya sekarang ;)


Comments