Bahlul punya SPRM.
Hari ini
sahaja beberapa berita mengejut yang kita terima. Salah satunya adakah wajar
SPRM bertindak membekukan akaun bank UMNO Pusat dan UMNO Selangor???
Inilah yang dikatakan SPRM
bersifat Bahlul.
Sempena Malam Jumaat ini, KS
ingin menarik perhatian semua tetang kisah Wahab ibn Amr, seorang ilmuwan Islam
bijaksana yang diberi nama jolokan Bahlul.
Bahlul adalah seorang hakim yang
hidup pada zaman Khalifah Harun al-Rashid. KS kongsikan kisah-kisah tersebut
buat tatapan kita semua.
Kisah 1: Ketika Khalifah Harun
al-Rashid dan isterinya Siti Zubaidah lalu di depan Bahlul yang sedang membina
rumah daripada tanah liat, Siti Zubaidah bertanya: “Hai Bahlul, apa yang anta
buat?” Apabila Bahlul menjawab beliau sedang membina rumah syurga, Siti
Zubaidah bertanya lagi: “Boleh ana beli? Berapa harganya?” Bahlul menjawab: “10
Dirham”.
Setelah Siti Zubaidah membayar
jumlah itu kepada Bahlul, Harun mempersenda isterinya: “Kamu sudah ditipu
hidup-hidup oleh Bahlul.” Pada malam itu, Harun bermimpi sebuah rumah besar
yang cantik tertulis nama isterinya di syurga.
Harun cuba masuk ke dalam rumah
itu tapi dihalang oleh pengawal. Harun berkata: “Ini rumah isteri ana.” Jawab
pengawal: “Benar. Ini rumah isteri anta. Bukan rumah anta.” Terjaga daripada
tidur keesokan paginya, Harun bergegas mencari Bahlul.
Bila berjumpa, dia berkata:
“Bahlul, ana nak beli rumah seperti yang anta jual kepada isteri ana semalam.”
Bahlul bersetuju membina sebuah rumah lagi tapi harganya sudah naik menjadi
10,000 Dirham.
Harun terkejut besar lalu
bertanya: “Kenapa begitu? Harga semalam cuma 10 Dirham!” Jawab Bahlul: “Benar
sekali. Semalam anta tidak nampak. Hari ini, anta sudah nampak!”
Kisah 2: Harun beri sebatang kayu
kepada Bahlul dan berkata: “Batang kayu ini milik lelaki yang paling bodoh.
Jika kamu berjumpa lelaki yang lebih layak memiliki batang kayu ini daripada
kamu, berikanlah kepadanya.” Ditakdirkan beberapa tahun selepas itu, Harun
jatuh sakit.
Walaupun pelbagai usaha dibuat,
sakitnya bertambah teruk. Ketika dilawat Bahlul, Harun mengeluh: “Tiada ubat
yang boleh menyembuh penyakit ana ini. Ana akan ke alam lain, dan tidak akan
balik ke dunia fana lagi.” Kata Bahlul: “Anta pasti sudah mempersiapkan diri
untuk menghadapi perjalanan yang kekal ini.”
Apabila Harun menjawab beliau
tidak membuat apa-apa persiapan, Bahlul berkata: “Ya Amirul Mukminin. Sebelum
ini, anta menghantar bala tentera dan membuat persiapan rapi walaupun tempoh
perjalanannya cuma sehari dua.
Tapi untuk perjalanan yang mana
anta akan tinggal di sana selama-lamanya, anta tidak buat persediaan? Jika
begitu, ambillah semula batang kayu ini. Sesungguhnya, ana sudah jumpa orang
yang lebih layak memiliki batang kayu ini!”
Kisah 3: Seorang ulama sufi
bernama Sheikh Junid al-Baghdad datang berjumpa meminta nasihat daripada
Bahlul. Sebelum itu, Bahlul bertanya kepada Sheikh Junid cara beliau makan,
berpakaian dan tidur.
Sheikh Junid menerangkan adab
makan, berpakaian dan tidur mengikut Sunnah dan membaca doa-doa berkaitan. Kata
Bahlul: “Semua jawapan anta tidak tepat. Jika anta makan ikut adab dan doa tapi
makanan itu daripada sumber tidak halal, buat apa?
Jika anta memakai dengan penuh
adab tapi tidak menutup aurat dan sumbernya pula haram, buat apa? Sekiranya
anta tidur dengan adab dan doa tapi di hati anta masih menyimpan dendam dan
kebencian sesama Muslim, buat apa?”
Jelaslah daripada tiga anekdot
ini, Bahlul bukan satu watak yang bodoh atau lurus bendul.
Bahlul adalah
seorang ulama sufi yang bijak dan wali ALLAH.
Jika difikir dan dikaji, banyak
pengajaran dan teladan yang diperoleh daripada kisah Bahlul, sesuai untuk
renungan.
KS melihat pendekatan yang
diambil SPRM adalah sama seperti tindakan yang dibuat oleh Bahlul.
Dalam diam dan dilihat tiada tindakan
tetapi hakikatnya SPRM telah menjalankan pelbagai siasatan dan operasi yang sentiasa
mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui oleh agensi berkenaan dan mengikut
peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
KS percaya apa jua tindakan yang
dilakukan oleh SPRM, ia tentunya ada asas-asasnya.
Jadi bersabarlah pada
mereka-mereka yang bakal dibaju orenkan oleh SPRM selepas ini.
Ini barulah raya.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment