Semalam 11 Syawal, kita
dikejutkan dengan berita seorang bekas pegawai khas kepada bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bagi membantu SPRM berhubung
siasatan skandal kes 1MDB.
Difahamkan suspek berstatus ‘Datuk’
yang berusia 42 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a)
Akta SPRM.
Dikatakan juga suspek juga adalah
pemilik bersama syarikat yang membangunkan aplikasi mudah alih Najib yang
diterbitkan sekitar dua tahun lalu dan didakwa telah menerima RM 67.9 juta.
Datuk ini juga dikatakan pernah
berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada
Najib pada 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.
KS: Seorang lagi bekas pegawai khas kepada DS Najib Razak dan yang juga
bekas pengarah bahagian yang memantau telekomunikasi katanya turut dipanggil???
Siapakah dia??? Katanya banyak juga jawatannya dalam GLC tertentu…Masyukkk!!!
Comments
Post a Comment