Berapa lamakah kita perlu untuk hapuskan
rasuah dinegara kita ini.
Jawapan KS senang…kita memerlukan
satu generasi.
Rasuah ini orang putih panggil 'moral hazard'. Ia tak ada kaitan dengan
tahap pembangunan negara, cuaca, jenis pemerintahan atau apa jua pun.
Ia adalah sesuatu yang berkait
dengan sikap.
Sikap ni, kalau nak dapat yang
betul, kita kena asah sendiri.
Kalau masyarakat ada sikap yang
betul, kita tak perlu banyak undang-undang untuk kawal kehidupan kita.
Itu sebabnya walaupun macam-macam
undang-undang ada pun, masih ada yang amalkan rasuah.
Sikap mereka ini salah. Itu sebab
di China, mereka tembak saja pengamal rasuah ni. Kerana jika sikap yang basic tu pun tak ada, lebih baik mati
saja dari menyusahkan orang lain.
KS: Tahniah diucapkan kepada TS Abu Kassim Mohammed kerana dilantik
sebagai Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional
(GIACC). Katanya GIACC ini bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi
dan menilai polisi dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksanakan
berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan
rasuah. Kerajaan hari nin juga telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bagi mengantikan Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK). JKKMAR akan berperanan dalam
penentuan dasar dan hala tuju governans, integriti dan antirasuah di negara ini
melalui kerangka Pelan Anti-Rasuah Nasional atau National Anti-Corruption Plan (NACP) yang bakal digubal kelak. Benda
baik KS sokong… Tidak sabar melihat hasilnya nanti.
Comments
Post a Comment