Tabung Harapan yang ditubuhkan
atas permintaan rakyat sebagai cara untuk mereka menyumbang kearah penyelesaian
hutang negara ini nampaknya menimbulkan rasa tidak puas hati pada beberapa
ketua parti pembangkang BN.
Macam-macam lah mereka ini kata.
Tabung itu tak perlu, negara boleh bayar hutang tanpa bebankan rakyat, hutang
itu tak banyak sebenarnya dan lain-lain lah.
Perlu atau tidak, biar rakyat lah
yang tentukan. Rakyat yang mahu tabung itu ditubuhkan. Tak ada siapa yang paksa
menyumbang. Nak sumbang silalah, tak mahu sumbang tak mengapa. Tak ada siapa
tahu anda sumbang ke atau tidak.
Hutang kena bayar lah. RM600
billion pun kena bayar, RM1 trillion pun kena bayar juga. Jika rakyat sukarela
nak bantu selesaikan, apa salahnya. Sepatutnya kita terima dengan besar hati.
Sebenarnya, sumbangan dari tabung
itu amat kecil jika dibandingkan dengan hutang negara ini.
Yang besar dan lebih bermakna
adalah semangat rakyat yang mahu membantu negara mereka sendiri serta kerajaan
yang mereka baru pilih melalui sistem demokrasi.
Mungkin itu sebenarnya yang parti
pembangkang ini sukar nak terima - ya itu rakyat biasa sedia berdiri dibelakang
kerajaan PH yang mereka sendiri lantik itu.
KS: Jika hati busuk maka terserlahlah tingkahlaku juga busuk. Dengki
khianat, sakit hati, mengata, merendahkn sesuatu tindakan yang manampakkan
kebodohan mereka sendiri. Oleh itu persetankan statement2 pemimpin pembangkang
yang tidak ada arah tuju.
Comments
Post a Comment