Semua orang tahu bahawa mulai 9
Mei 2018 lalu PH dipilih rakyat Malaysia menjadi parti yang memerintah. Ini
bererti mulai tarikh yang sama juga UMNO/BN menjadi parti pembangkang.
Dalam sistem demokrasi parti
pemerintah dan parti pembangkang sama-sama bertanggungjawab membentuk dasar.
Kedua-duanya adalah pembuat dasar.
Dalam PRU14 rakyat mahukan
perubahan. Perubahan dari parti yang memerintah dan juga perubahan dari parti
yang membangkang.
Rakyat mahu parti yang memerintah
lebih telus dan efisien serta mengutamakan rakyat. Rakyat mahu parti yang
bersih daripada segala macam kebejatan. Rakyat akan memerhatikan parti
pemerintah secara lebih kritikal. Rakyat akan mengkritik parti pemerintah
dengan lebih bebas dan berani. Ini semangat Malaysia Baharu.
Begitu juga rakyat mahu parti
pembangkang yang efisien yang menjadi pengimbang kepada pemerintah. Justeru
pembangkang perlu menghayati fungsinya di parlimen. Pembangkang perlu tahu
menjalankan fungsinya sebagai 'watch dog' secara lebih berkesan. Membangkang
bukan ertinya sekadar menjerit membangkang apa sahaja yang cuba dilaksanakan
oleh pemerintah. Itu pembangang namanya.
Pembangkang yang diperlukan dalam
negara Malaysia Baharu ini ialah pembangkang yang konstruktif, yang mampu
mengkritik dengan bijaksana di samping memberi cadangan untuk memperbaiki
keadaan.
Oleh itu pembangkang hendaklah
menyelami fungsi kepembangkangannya. Sentiasalah adakan sumbang saran sesama
barisan pembangkang. Kenal pasti isu. Sediakan hujah bernas. Buat homework.
Cari facts and figures. Biar soalan dan hujah dalam parlimen berisi dan rasional.
Jangan main emosi dan hindarkan kata-kata yang tidak parliamentarian semasa
bersidang. Rakyat menyampah melihat ahli-ahli parlimen yang bongkak dan bodoh.
Boleh? Kalau tak sanggup, lebih baik letak jawatan dan kita adakan pilihanraya
kecil semula.
Ingatlah ini Malaysia Baharu.
Atas semangat ini rakyat mahukan kerajaan dan pembangkang yang baharu. Demi
Malaysia tercinta....
Comments
Post a Comment