Kalau dilihat lagak dan perbuatan
DS Jamal Md Yunos selama ini, gambarannya seolah-olah beliau tidak takut kepada
sesiapa.
Dia main "langgar" saja
semua undang-undang dan peraturan. Undang-undang dan peraturan bagaikan
terletak dalam tangannya.
Rupa-rupanya dia tidaklah
seberani mana. Baru kerajaan bertukar, baru SPRM serbu rumah…kecut hatinya
nampak bukan kepalang lagi.
Kenapa takut untuk menyerah diri
kepada SPRM dan polis?
Sampai bila mahu menghilangkan
diri?
Buat apa juga merayu-rayu kepada
menteri agar dirinya tidak dizalimi atau dianiaya?
Siapa yang mahu menzalimi dan
menganiayanya?
Kerja SPRM dan polis ialah
menjalankan siasatan, bukannya menzalimi atau menganiaya sesiapa.
Tetapi, semakin beliau
menghilangkan diri, semakin menyusahkan dirinya sendiri.
Dilaporkan kini ada enam waran
tangkap sedang menantinya.
Nak lari ke mana lagi?
Comments
Post a Comment