MACAI MAKAN SISA DEDAK MUDAHKAN LALUAN NAJIB & ROSMAH KE SUNGAI BULOH...



Apa agaknya yang tidak kena dengan macai-macai #GengNajib yang masih menerima  sisa-sisa dedak… Kesian KS melihat mereka merapu di media sosial...

Mereka merapu itu tidak kisah sangatlah... sebab mereka memang dari dulu begitu...tapi mereka macam tidak sedar bahawa mereka kini telah memudahkan laluan tokey mereka ke Sungai Buloh...

Atau memang itu tujuan mereka??...tapi tidak mungkin pula, sebab kalau tokey sudah di sebalik tembok...sapa hendak payung lagi?..dedak pun semua dah beku...

Terbaru...macai-macai ini cuba pula menyerang Abu Kassim, Shukri Abdull dan SPRM...

Tiba-tiba mereka dapat 'akal' menulis kononnya Abu Kassim dan isteri mempunyai duit RM7 juta dalam akaun...

Dituduh pula SPRM tutup mata tentang perkara itu...

Mungkin mereka pernah terpijak duit RM7 juta dalam jamban kondo tokey mereka di Pavillion tu...langsung dapat idea menulis begitu...agaknya la...

KS hendak beritahu pada macai-macai ini...sudah-sudahlah 'membunuh' tokey mereka dengan cara ini...rakyat bijak menilai...lagipun mereka bukan memerintah lagi…sampai bila agaknya puak-puak ini hendak sedar?...

Apa yang rakyat lihat ialah barang kemas, jam, gelang, cincin, beg tangan, tiara serta duit tunai penyangak ini boleh dibuat gudang. Not even in my wildest dreams...

Bayangkanlah...Depan kita mereka tersengih-sengih. Yang seksa rakyat. Dia elok sahaja dengan lagu The Young One.


Dalam hal ini, satu lagi kebodohan macai hendak KS bagitau...yang mereka mengaku duit kena serbu itu duit UMNO buat apa? Kalau duit itu bersih lagi suci takkan kena serbu!

Begitu juga akaun-akaun yang dibekukan oleh Task Force 1MDB...kalau tiada perkara tidak betul...tiada kerja pulak Task Force hendak bekukan akaun...



Sudah-sudahlah dengan taktik bodoh hendak menyerang integriti orang lain..KS yakin Abu Kassim, Shukri dan SPRM tahu apa yang mereka buat...

Beginilah...KS bagi idea untuk lepaskan Najib...Kemungkinan besar Najib Razak akan didakwa. Banyak kesalahan jenayah dia telah lakukan. Mungkin.

Tapi kalau KS bela Najib ini KS yakin dia akan lepas dari hukuman penjara.

Kita akan rely on defence of insanity. Ya..Gila!!...Its a complete defence in law.

Mau tak gila. Duit masuk dalam akaun dia tak kisah. Tak soal banyak. Mana datang duit tu pun dia tak ambik pot.

Tapi cokelat hilang dari fridge dia punya la bising! Aduyaiii....


KS: At the pleasure of the YDP Agong he can rest in Tg. Rambutan...

Comments