LANGKAH MALANG BUAT UMNO...!!! SILAP PILIH LAGI…!!! PRESIDEN BARU BAKAL LAPOR 'TUGAS' DI SPRM ISNIN INI???



KS sebenarnya tidak minat ulas politik. KS nonpartisan.

Tetapi KS prihatin dengan isu rasuah. Jadi, tidak dapat tidak KS kena juga ulas pasal politik yang telah pun ditanam dengan budaya rasuah sekian lama.

Malam ini KS kecewa lagi...kecewa sebab parti politik besar orang Melayu iaitu UMNO masih mengangkat pemimpin yang korup sebagai Presiden..

KS tidak kisah pun apa yang bakal terjadi pada UMNO...tapi penyebaran budaya rasuah dalam kalangan orang Melayu akan terus merebak jika inilah pemimpin yang mereka pilih...malang bukan???

Ramai orang UMNO tahu...kalau Zahid berucap...ia macam helikopter tidak boleh landing...Berjam-jam berlegar tunggu habis minyak...

Kalaulah ada pemberian markah...maka patut diberi 2 markah sahaja. Satu sebab dia naik pentas. Satu lagi sebab dia berucap...

Isi kandungan ucapan kosong (0).


Kalau ada markah tambahan, markah kesian kena bagi satu lagi sebab dia pandai naikkan bulu kening...

Tapi yang peliknya, orang UMNO masih percaya dan buat-buat tidak tahu dengan perangai 'kuat kencing' Zahid..

Jika zaman pemerintahan regim Najib Razak dulu...bukan saja rakyat biasa dikencing atau ditipunya...malah orang UMNO sendiri pun kena kencing...

Masih ingatkah kenyataan Zahid yang kata dia berjumpa Putera Arab yang derma RM2.6b pada Najib Razak?..masakan boleh lupakan...


Dijaja cerita itu dimedia-media...

Bercakap kosong tanpa bukti...itulah Zahid dulu,kini dan selamanya...

Tapi KS tahu...Zahid sendiri mempunyai perasan bercampur baur dengannya malam ini...apa tidaknya...Isnin nanti Zahid akan dipanggil ke SPRM...

Itulah...siapa suruh memandai-mandai kata jumpa penderma Putera Arab...jadi nanti buktikanlah dengan SPRM ye..

Tapi itu masih boleh dianggap kecil lagi...yang lebih penting perlu untuk dijelaskan ialah berkaitan isu wang yang disonglap dari Yayasan Akal Budi...

Katanya, digunakan untuk bayar perbelanjaan menggunakan kredit kad lebih RM1 juta...

Bolehkah Zahid jelaskan penggunaan kad kredit yang berakhir dengan empat nombor iaitu 3337, 0344 dan 3788. Yang bank mana satu?..Tidak perlulah KS bagitau...



KS: Wes Mangan Pak Jahid???..jangan lupa call Najib & Rosmah minta tips jawap soalan SPRM..good luck Mr Presiden!!!


Comments