Pelik KS dengan laporan-laporan
media mutakhir ini yang banyak melaporkan siasatan kes-kes tanpa mendapat
pengesahan dari agensi berkaitan...
Hanya kononnya mendapat maklumat
dari sumber dalaman, media-media hari ini ghairah melaporkan berita tidak sahih
tanpa mengira risiko terhadap siasatan tersebut.
Selain media, ada juga blogger2
seolah-olah menjadi hero kononnya mereka sajalah yang pandai menyelesaikan isu
mengikut selera mereka...
Dituduh pula agensi penyiasat
berkaitan tidak menjalankan siasatan terhadap kes-kes tertentu...
SPRM adalah antara agensi yang
selalu menjadi mangsa berita-berita sampah seperti ini....
Terkini laporan berita sebuah
akhbar, mengatakan SPRM tidak menyiasat projek membekal dan memasang panel
tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25
bilion.
Adakah editor akhbar ini sangka
menyiasat kes seperti ini seumpama menulis karangan 300 patah perkataan. Boleh
dibuat dalam tempoh sejam...
KS sebenar tidak gemar
menggunakan istilah sampah ini, tapi itulah selayaknya digelarkan sebab media
dan blogger ini tidak mendidik orang ramai malah mengelirukan mereka...
Peranan media dan blogger yang
sepatutnya menyampaikan berita sahih dan mendidik masyarakat, tapi kini lebih
suka mengapi-apikan orang ramai dengan cerita rekaan...
Adakah sebab media dan blogger
tidak mendengar berita pasal siasatan, maka media dan blogger rumuskan sebagai
siasatan tidak berjalan..?
Sebab itulah...KS pernah
mendengar rintihan seorang sahabat dari SPRM...katanya kalau boleh, hendak saja
mengajak orang2 media ini turut serta menyiasat kes...biar mereka tahu perit
jerih dan lihat semua disiasat..tidak kira Pakatan Harapan atau Barisan
Nasional..semua SPRM sapu kalau terlibat..
Malah KS juga lihat banyak
kebocoran maklumat dilaporkan menerusi media...dimana etika media?..mereka
tidak sedarkah bahawa perbuatan mereka bukan sahaja mengganggu siasatan malah
boleh membahayakan nyawa mereka yang terlibat.
Hingga kadang-kadang KS rasakan ‘peranan
media’ ini digunakan oleh pihak tertentu untuk mengganggu siasatan...
KS juga nasihatkan pegawai media
SPRM buatlah kerja memperbetulkan keadaan...bukan terkinja-kinja menghebahkan
berita mencari publisiti murahan seperti era TS Dzul...
Beritahulah media untuk memberi
ruang kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa untuk melakukan siasatan
secara telus dan terperinci...
KS: Siakap senohong gelama ikan
duri, akhbar berbohong lama-lama mencuri...
Comments
Post a Comment