Lim Guan Eng dan DS Najib Razak
nampaknya terus terbabit dalam pertelingkahan terbuka, malah mungkin
berpanjangan, khususnya berkaitan kedudukan ekonomi negara, kadar hutang dan
juga 1MDB.
Apa saja yang diutara dan disebut
oleh Guan Eng, pantas saja Najib menjawabnya, meskipun menteri-menteri lain
hampir semuanya memilih untuk mendiam diri saja.
Sebagai bekas Menteri Kewangan,
Najib dilihat begitu nipis telinganya terhadap pelbagai hujah dan fakta terbaru
yang didedahkan oleh Menteri Kewangan sekarang.
Namun, semua pertelingkahan
mereka hanyalah melalui media saja. Guan Eng melalui kenyataan akhbarnya,
manakala Najib pula melalui media sosialnya.
Siapa benar dan siapa salah
antara mereka berdua itu?
Bilakah pertelingkahan mereka
akan berakhir?
Sebagai penyelesaian terbaik, apa
kata agar Guan Eng dan Najib berdebat
saja secara terbuka dengan siarannya dipancarkan secara langsung ke seluruh
negara?
Jika dulu Najib sering mengelak
untuk berdebat dan beberapa kali program NothingToHide tidak menjadi kenyataan,
setelah tiada lagi apa-apa jawatan dan bebanan, ketika inilah sebenarnya masa terbaik
untuk beliau menunjuk keberaniannya.
Tapi, beranikah Najib?
Atau beliau lebih ketakutan dalam
keadaan dirinya sekarang?
KS:DS Rosmah sudah bersedia ke untuk jawab soalan exam SPRM hari ini.
Comments
Post a Comment