BERSAMA MENDUKUNG BAHASA RASMI PERSEKUTUAN!!! JANGAN PULA GUGURKAN KES RASUAH???


Tindakan Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin dianggap bukan saja mencabar mereka yang mendukung bahasa rasmi Persekutuan, malah merosakkan usaha menyatupadukan negara dengan satu bahasa.

Tindakan itu juga seolah-olah cuba mengubah norma bahasa yang diguna pakai kerajaan.

Bukan niat untuk menghalang penggunaan mana-mana bahasa lain di Malaysia kerana itu adalah hak peribadi.

Namun Kerajaan Persekutuan perlu menjadi contoh dalam memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan negara.

Jika kenyataan tersebut adalah untuk kegunaan pembaca antarabangsa sekalipun, kenapa kenyataan itu tidak dibuat dalam Bahasa Inggeris seperti dilakukan Kementerian Kewangan di awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah yang ingin disampaikan sebenarnya? Apakah rasionalnya kenyataan Bahasa Mandarin dikeluarkan???


Tindakan ini seolah-olah  meniup api kemarahan kepada segmen majoriti di Malaysia yang sedia tercabar sejak beberapa minggu ini.

Kenyataan balas Guan Eng mempertahankan penggunaan Bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh diterima sama sekali.

Benar kita hidup dalam era globalisasi, Bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan antaranya untuk menyemai perpaduan negara melalui Bahasa. Adakah ini tindakan mencabar Perlembagaan???


KS: Benarkah ada  cadangan untuk menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan??? Jika benar bagai didakwa ini merupakan satu bentuk campurtangan politik ke atas sistem perundangan negara. Lebih baik sekiranya proses undang-undang dihormati dan diikuti tetapi jiga betul digugurkan maka tiada bezalah dengan keadaan dahulu iaitu ketika BN dituduh melakukan campur tangan politik.


Comments