Menurut Menteri Kewangan, Lim
Guan Eng, kerajaan hari ini telah bersetuju untuk membuka semula siasatan
berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock (TBH) pada 2009 yang ditemui
meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan Ibu Pejabat SPRM
Selangor ketika itu.
Hampir 9 tahun TBH telah
meninggal dunia tetapi masih ada pihak yang tidak berlapang dada. Mukin rasa berdosa dengan TBH barangkali.
Pada 24 Ogos 2009, dua pakar
patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh
diri. Mereka juga turut menolak teori TBH dibunuh atau terjatuh secara tidak
sengaja.
Tidak cukup dengan itu, pada 22Julai 2011, Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian TBH (RCI) telah merumuskan laporan setebal 124 muka surat bahawa TBH membunuh diri dengan terjun dari pejabat SPRM.
Berdasarkan laporan tersebut, TBH
tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh DAP sejak
Julai 2009 sehingga kini.
Malah ia dimanipulasi menjadi
bahan sentimen perkauman yang keterlaluan.
Tohmahan yang dilemparkan sudah
tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat
oleh SPRM tenggelam.
Masyarakat sudah diheret terlalu
jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar.
Adakah ini kejayaan DAP selama
ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu
dalam kes tersebut.
Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud
amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.
Kadang-kadang KS bersetuju dengan pandangan beberapa pihak
bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang
telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.
KS berharap tiada lagi pihak
mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas
politik.
Kepada SPRM, usahlah goyah jika benar
kerajaan bersetuju membuka semula siasatan kematian TBH. Keadilan kita tegakan.
Peranan mulia pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin,
tabah dan profesional.
Cuma KS ingatkan pada semua,
proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk
di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah
kepada kritikan.
Para pegawai SPRM telah
menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada
kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu.
KS berharap moral para pegawai
dan petugas SPRM tidak akan terjejas.
Tugas memerangi rasuah dan
penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir.
Halangan utama adalah daripada
golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah.
Pemikiran yang korup itulah yang
akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.
KS: Kenapa DAP tidak berkempen
memberi keadilan kepada kes Arwah Ahmad Sarbani Mohamad yang juga pernah mati
jatuh dari bangunan SPRM sepertimana dalam kes TBH??? Dan apa khabar Ean Yong
Hian Wah sekarang??? Sanggupkah beliau tampil membela juga???
Comments
Post a Comment