Selepas AG, TS Apandi Ali
'dihumban' oleh kerajaan baru akibat bersekongkol dengan penyamun...pada Selasa
ini, giliran KP SPRM, TS Dzul pula akan 'dihumban' dari tingkat 22 Istana
Buniannya.
Perkara itu telah diputuskan
dalam satu pertemuan oleh sekumpulan 'ahli peringkat tertinggi' kerajaan baru
di Putrajaya semalam.
Beberapa nama pegawai tinggi SPRM
juga telah diambil untuk saringan untuk mengganti tempat nombor 1 SPRM itu.
Laporan BH semalam, TS Abu Kassim
adalah nama yang disebut-sebut mengisi semula tempat itu.
Melihat kepada trend 'comeback' yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh pilihan kerajaan baru, maka tidak mustahil TS Abu juga akan
melakukan perkara sama dan peluangnya amat cerah.
KS memang amat teruja dengan
tindakan kerajaan pimpinan Tun M ini, ia bukan kerana benci atau dendam
terhadap sesiapa, tapi bagi kelangsungan untuk memulihkan imej SPRM.
Sesiapa pun yang meneraju SPRM
selepas ini, perlu turut menggerakkan misi 100 hari membersihkan segala
kemungkaran khususnya dalaman SPRM demi memenuhi harapan rakyat.
SPRM bukan tempat perkakas
politik, SPRM bukan tempat mencari bini muda, SPRM bukan tempat bersuka ria
dengan duit kerajaan, SPRM bukan tempat membalas dendam tapi SPRM ialah harapan
rakyat!!
Kepada TS Dzul, kehidupan ini
perlu diteruskan, pintu taubat luas terbentang, kamu sebagai orang yang
mempunyai latar belakang agama yang baik, jadi ia harus digunakan sebaik
mungkin.
Manalah tau, kelebihan itu nanti
mampu menjadikan kamu sebagai Presiden Pas 10 tahun lagi kerana kamu juga suka
berpolitik.
KS: KS tetap KS...akan terus menentang kemungkaran dalam SPRM tanpa
mengira siapa nombor 1....SPRM amanah dan harapan rakyat!!
Comments
Post a Comment