SURAT BUAT KEKANDA SATRIA???



Awas!!! Amaran keras!!! 

Jangan baca sekiranya anda team Hantu Raya!!!

Khas buat Kekanda Satria,

The Good, The Bad & The Ugly

SPRM tiba-tiba bangkit di mata masyarakat umum dengan pelbagai aktiviti operasi yang dilaksanakan dengan tujuan menjaga kepentingan rakyat. Sifat pimpinannya yang tidak mudah dikawal oleh golongan politik serta tidak menyebelahi mana-mana pihak digeruni oleh perasuah. Pengiktirafan rakyat dilihat melalui penurunan kadar indeks CPI. Abu Kassim dan barisan pimpinannya diterima sebagai hero yang membersihkan rasuah dari negara ini. Nama Shukri Abdull, Bahari Md Zin dan Azam Baki turut diperkatakan sebagai pahlawan yang menentang kegiatan rasuah tanpa rasa takut.

Zaman kegemilangan itu cepat berlalu dengan tekanan politik dari pengamal rasuah yang berleluasa dalam kerajaan Najib, disokong pula oleh pegawai-pegawai kerajaan yang korup. Kegiatan Najib menyonglap wang rakyat dihidu SPRM bawah pimpinan Abu Kassim. Menggelabahlah dia menggapai apa saja yang dapat dicapai untuk mengelakkan dari karam. Malaysia melihat Najib melakukan apa saja yang termampu untuk kekal berkuasa. Ghani Patail diberhentikan serta merta, Pengarah Caewangan Khas PDRM ditukarkan ke JPM. Bahari dan Shukrii turut menerima bahang dan terpaksa bersara awal. Abu Kassim ditekan sehingga meninggalkan SPRM.

Tinggallah Azam Baki mengendalikan sector operasi dalam SPRM. Tugas penting kerana terpaksa berhadapan dengan perasuah yang berprofil tinggi. Sementara pegawai tinggi lain sibuk mengejar pangkat dan harta. Tugas menerajui sector operasi dipikul tanpa menghiraukan pelbagai tohmahan dan cercaan pelbagai pihak. Disini zaman kehancuran SPRM bermula.

Najib mula mencari orang untuk menerajui badan yang dilihat penting oleh masyarakat ini kerana disini harapan rakyat Malaysia bergantung. Dzulkifli yang mempunyai hubungan baik dengan Apandi Ali diperkenalkan sebagai calon. Comissioner Dz (CDz) seperti yang dia mahu dikenali , memulakan misi mendaki puncak kejayaan dengan menabur janji pada Rosmah. CDz pergi berjumpa Rosmah untuk menawarkan khidmatnya, dia pergi bersama Fikri anak buah kepercayaannya.

CDz meyakinkan Rosmah bahawa dia boleh membantu menyelesaikan urusan siasatan serta siasatan yang dikenakan kepada Najib. Termakan dengan pujukan CDz, Rosmah meminta Najib melantik CDz untuk mengetuai SPRM. CDz yang bertindak sebagai ejen UMNO terus menjalankan kegiatannya merosakkan SPRM dari dalam. Dia dibantu oleh pegawai-pegawai kanan yang dahagakan pangkat dan harta Fikri, Saiful dan Norazlan. Mereka menekan pegawai-pegawai yang patuh menjalankan tugas.

Pegawai-pegawai yang bekerja dengan jujur dianggap menentang kerajaan dan ditukarkan sesuka hati bagi menyusahkan pegawai berkenaan. Pegawai yang mahu mendengar kata CDz dan mengikut telunjuk orang-orang kanannya. CDz mula lupa diri, dia berkelakuan macam Menteri. Pejabatnya dipenuhi dengan pegawai yang tak tahu apa tugas serta tanggungjawab hakiki. Bodyguard dilatih di luar negeri, nak jaga dia tiap-tiap hari.

Makin lama keadaan makin parah, CDz kemaruk bercinta dengan isteri orang. Perbuatan dia dikesan dan mendapat perhatian masyarakat. CDz melindungi perbuatan salah dengan bantuan orang-orang kepercayaan. Arahan-arahan pelik dikeluarkan supaya warga SPRM sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan langsung dengan pencegahan rasuah. Program yang membazir duit dan membuang masa disusun bagi melekakan pegawai-pegawai SPRM. SPRM yang terasnya adalah untuk membanteras perlakuan rasuah di Malaysia bertukar corak kepada agensi yang menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial atau CSR (Corporate Social Responsibility).

CDz kemudiannya menikahi buah hatinya setelah yakin tiada orang melihat. Itupun dengan memalsukan prosiding mahkamah. Nak buat benda baik tapi alas dengan benda jahat. Orang kanannya pun sama sibuk nak kahwin dua dan cari perempuan untuk lepas nafsu. Yang dah kahwin takpe la, yang bersekedudukan ape hal pula. Fikri ditangkap basah dengan seorang pegawai SPRM kemudian beri alasan buat kerja sulit kerajaan. Saiful yang sediakan representasi untuk lepaskan sahabat baiknya dari masalah tu. Masa ni la semua pegawai yang ada integrity rasa taka da guna kerja di SPRM. Semuanya yang dibuat oleh CDz menunjukkan kekejian pegawai SPRM kepada orang awam.

Habis rosak nama baik yang susah payah dibina oleh Abu Kassim, Shukri Abdull, Bahari Md Zin dan Azam Baki. Semua kerosakan tu ditanggung seorang oleh Azam bermacam-macam tohmahan dibuat oleh team CDz kepadanya. Dia tak berundur tapi setia jalankan tugas. CDz yang gila nak jadi menteri bodek Najib habis-habisan. Buat kes terowong di Penang, paksa pegawai buat kes tanah di Ijok, serang Shafie Apdal di Sabah semata-mata nak menangkan BN. Kemudian tuding jari kepada Azam yang ketuai Operasi padahal Fikri yang ketuai semua operasi tu. Siap ugut orang dengan jual nama CDz.

Harap keadaan makin pulih lepas ni. Shukri, Bahari dan Azam dah team up semula. Kalini dgn sokongan Tun M. Biar jahanam rasuah ni semua!!!!

#Keris Karat Berbisa#

KS: Terima kasih atas kiriman email ini, datanglah sesiapapun KS tidak kisah. KS tetap KS… Bagi KS kepentingan organisasi lebih utama, masyarakat akan menilai siapa yang bekerja kerana Allah dan siapa yang bekerja kerana HANTU RAYA!!! 

Comments