SHUKRI MELETUP DEMI BUKTI KEBENARAN KEPADA RAKYAT...!!!



Pelbagai respon diterima apabila KP SPRM, DS Shukri Abdull mendedahkan pengalaman beliau menyiasat kes SRC dan dana RM2.6 bilion...

Luahan Shukri itu perlu ditelaah dari pelbagai sudut supaya kita lebih rasional...

KS sedar Shukri secara terang telah menyatakan ada kesalahan besar dilakukan dan ramai yang menganggap nada Shukri itu sebagai nada dendam...

Namun tidak perlulah terus melabelnya sebagai seorang yang emosional, tidak waras serta prejudis terhadap siasatan...

Walaupun ada benarnya...tapi kita juga perlu meletak diri kita di tempat beliau..agak-agak mampukah kita menanggungnya?

Diugut bunuh, keluarga terancam, lari ke Amerika dan pelbagai lagi ancaman buruk diterima semata-mata beliau menjalankan tugasnya...

Inilah pejuang rasuah sejati...bukan sekadar melakukan roadtour keliling Malaysia mencari publisiti atau program-program publisiti murahan lain...

Shukri mahu rakyat tahu kebenaran yang disorok selama ini....iaitu kebenaran tentang siasatan yang dicampuri oleh penjenayah politik...

Kebenaran adalah perkara yang lebih besar dan perlu diutamakan dalam hal ini....

Jika rakyat tidak didedahkan perkara ini sekarang...sampai bila-bila rakyat terus keliru,tertanya-tanya dan lebih malang percaya kepada berita dusta...

Malah dari apa yang dikatakan Shukri...ia memperlihatkan betapa bersungguh-sungguh SPRM menjalankan tugas hingga bukan sahaja berjumpa menteri, malah dua kali mengadap Majlis Raja-Raja...

Jadi adakah perkara seumpama ini kita boleh kata SPRM sambil lewa dalam menangani isu rasuah?..atau SPRM pilih kasih???

Cerminlah diri kita terlebih dahulu, apakah pengorbanan yang paling besar pernah kita lakukan demi memerangi rasuah atau membantu negara??..

KS: Tak kebas ke lidah dok menjilat??? Bulan puasa ada Hantu Raya terlepas lagi ke???

Comments