Syabas SPRM kerana telah membuka
semula kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1MDB, sebelum ia
diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada Februari 2012.
Semalam, SPRM sudah menyerahkan
notis memerintah kehadiran kepada bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.
Mengikut notis berkenaan Najib
perlu hadir ke pejabat SPRM pada Selasa depan bagi memberi keterangan.
Dalam kes SRC International,
Najib pernah mengakui ada menerima wang RM42 juta selepas syarikat itu
memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada KWAP, tetapi mengatakan beliau tidak
mengetahui ia berpunca daripada SRC kerana menyangka semua wang yang
diiterimanya melalui akaun peribadi Ambank adalah datangnya daripada derma
kerabat Diraja Arab Saudi.
KS percaya, SPRM telah membina
kes yang cukup kuat yang melibatkan Najib berkaitan penggubahan wang haram dan
penglibatan dalam rasuah atau mungkin lebih banyak pertuduhan lagi pasti akan
menyusul.
Bayangkanlah penemuan polis sejumlah
wang tunai yang agak banyak, barang kemas dan ratusan beg tangan mewah, tentu
saja mengejutkan.
72 beg yang mengandungi sejumlah
wang tunai dan barangan berharga telah diangkut oleh polis. Itu baru penemuan
di sebuah kondo, keseluruhan tempat yang disasarkan untuk pemeriksaan adalah
enam kediaman.
Lagi menarik, sebuah peti besi
lama yang kononnya sudah hilang kuncinya dan tidak pernah diusik sejak 20 tahun
lalu, sudah pun berjaya dibuka melalui kepakaran tukang kunci dan di dalamnya
ditemui lagi sejumlah wang serta beberapa dokumen peribadi.
Difahamkan, di Seri Perdana yang
pernah didiami Najib dan Rosmah ketika menjadi Perdana Menteri, terdapat 8 peti
besi ditemui serta belum diketahui apa isinya.
Menurut sumber KS, penemuan di
kondo di ibu kota itu saja adalah melibatkan wang tunai lebih RM100 juta serta
emas seberat 100 kilogram.
Jika setelah selesai semua
serbuan dan penggeledahan ke atas keenam-enam premis, berapakah agaknya jumlah
wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah yang akan ditemui?
Kita tunggu pula Selasa depan.
KS: Yakinlah SPRM hari ini badan bebas
dalam menyiasat kes SRC International dan derma RM2.6 bilion adalah benar dan
bukan satu muslihat…tapi hapuskanlah dulu lalat-lalat di dalam SPRM.
Comments
Post a Comment