Suatu malam, selepas tamatnya
ceramah pilihanraya hantu raya bergegas pulang. Semasa melintasi kubur dia
disapa oleh hantu kubur...
HK: Aii Raya, deraih kalut ngat
ni. Nak pi mana?
HR: Ooh Boq. Aku nak baliklah.
Mai tengok orang ceramah di padang bola depan balai raya.
HK: Orang nak pilihan raya hang
pun dok kalut sama.
HR: Ha la. Tuan aku suruh pi
kerkah sorang dua penyokong parti lawan. Bila kena kerkah dgn aku malam esok
depa tak pi dengaq ceramah dah.
HK: Aii main kotoq tuan hang
nampak.
HR: Politik manusia ni mana ada
yg tak kotoq. Tok imam yg main politik tu pun seropa. Lagi kotoq ada.
HK: Hang mesti terima banyak
habuan kerja keraih mcm ni.
HR: Ada la. Banyak sangat tu dak
la. Tapi tuan aku bagi lebih dari besa. Dulu dok bagi teloq ngan pulut kunin
ja. La ni dekat pilihan raya ada KFC, burger, pizza pun dia tolak mai kat aku.
HK: Untung la hang. Aku ni dok di
kuboq ni dah beratuih tahun dah dok kedarah teloq ngan darah ayam, teloq ngan
darah ayam. Haram jadah sungguh. Bukan sedap. Naik cemuih dah aku.
HR: Tapi hat aku geram tu ada
sekali tu aku tekena. Dah la aku tengah lapaq dia bagi teloq, sekali kena teloq
tiruan. Pait bedengu. Tiga hari aku sakit perut. Hawaq sungguh.
HK: Haa teloq tiruan ni mesti
dari China. China ni bab menipu cukup cekap. Bukan takat teloq, sayoq, beraih
pun depa buat tiruan. Aku pun pelik dah tau puak tu penipu besaq pasai pa yang
tuan hang dok tebiang nak bekawan dengan depa.
HR: Tu la hang tak tau. Tuan aku
dah terhutang banyak dgn depa. Apa lagi kena ikut saja cakap depa. Depa suruh
beli teloq dari depa pun kena beli. Depa bagi teloq tiruan pun kena ambik jugak
la. Nak buat gena dah tedesak.
HK: Pelaq sungguh. Dah bubuh
teloq tiruan, boh pulak dgn cahaya dian, dok malap nit nit mana kita nak
nampak. Tuan hang ni tak guna betoi. Jangan2 pilihanraya ni pun dia guna
pengundi tiruan...
HR: Yang tu bukan urusan aku. KPI
aku dia suruh pi kerkah penyokong parti lawan, aku pi. Janji aku buleh makan. Tenang
tak gaduh berebut mcm di Aeon Johor atau puak2 teksi di Maeps kemarin dulu...
HK: Sungguh. Mujoq kita jadi
hantu. Tak gaduh berebut mcm manusia.
HR: Oih, ralit dah dok besembang
ni. Aku balik dulu. Satgi orang bang subuh punggah kita. Bye, see you...hiiiiiiiii
HK: OK bye...hiiiiiiiii
Comments
Post a Comment