Semalam SPRM secara tegas telah
menolak kenyataan Peguam DS Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang
kononnya pegawai SPRM akan hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu untuk
merakamkan percakapan berkaitan siasatan kes SRC International.
Walhal telah jelas lagi nyata
dalam notis yang diserahkan oleh pegawai SPRM kepada DS Najib pada Jumaat lalu
menyatakan tempatnya ialah di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Apa yang si peguam ini cuba
putar-belitkan, sudah maklum jika notis dikeluarkan maksudnya mestilah kena
hadir ke pejabat.
Janganlah jadi bebal sangat
semata-mata hendak melindungi anak guam yang sudah kecut perut.
DS Najib pun sepatutnya bertenang
sajalah, apa yang hendak ditakutkan dengan SPRM? Sebagai bekas Perdana Menteri,
DS Najib patut mendokong undang-undang bukannya berdolak-dalik.
Atau DS Najib malu sebab selama
ini tidak mempedulikan SPRM dan membiarkan SPRM dijahanamkan oleh KP yang main
dengan bini orang.
Buat orang-orang keliling DS
Najib pula, tidak perlulah berlagak hero hingga bertindak 'mengugut' pegawai
atasan SPRM.
Hidup kita di dunia ini hanya
sementara, semua orang akan mati, ketahuilah ugutan kamu itu sekelumit pun
tidak memberi kesan.
Eloklah kamu semua bertaubat
lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
Muhasabah diri masing-masing, kenapa di
dunia lagi kamu telah dihumban dan dihukum oleh rakyat.
Ingat azab Allah di akhirat kelak
lebih dasyat...
Wallahualam...
Comments
Post a Comment