1. Dengan pilihanraya semakin
dekat rasuah politik oleh Barisan Nasional (BN) (Najib) pun meningkat dengan
pantasnya.
2. Duit dan barangan (alat dapur)
diberi oleh pemimpin UMNO kepada siapa sahaja yang menghadiri rapat umum dan
ceramah mereka. Kadang-kadang hanya sedikit sahaja yang hadir
perjumpaan-perjumpaan anjuran UMNO ini. Dengan itu ada yang dapat dua atau tiga
hadiah.
3. Cara baru ialah dengan mengada
Expo Jabatan-Jabatan Kerajaan. Di Expo ini akan ada cabutan nombor bertuah.
Kereta yang dipasang pembesar suara mengelilingi kampung menjemput orang pergi
ke Expo atau aneka jenis hiburan, dimana terdapat hadiah-hadiah yang lumayan.
4. Kadang-kadang pemimpin dan
ahli parti lawan ditawar ratusan ribu ringgit supaya keluar parti dan sertai
UMNO. Jika mereka sanggup kutuk Pakatan Harapan (PH) mereka akan diberi
tambahan sogokan.
5. Tetapi baru-baru ini ramai
dari penerima yang terdiri dari PH menyerah sebahagian dari wang yang mereka
dapati kepada PH. Barangan juga dijual dan hasilnya diderma kepada parti PH.
6. Umum ketahui bahawa Najib
telah sekat sebarang bantuan wang kepada PH. Siapa yang disyaki menolong PH
akan dilawati oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai yang dipaksa bayar cukai tambahan sehingga
berjuta.
7. SPRM pula akan tuduh peniaga
melakukan money laundering (membersih duit yang dicuri). Dengan ini duit
peniaga dalam bank akan dibekukan. Dan peniaga tidak lagi dapat berniaga.
8. Tindakan-tindakan ini
menyebabkan sumbangan wang kepada parti-parti PH terhenti. PH tidak memiliki
duit untuk perbelanjaan PRU.
9. PH diselamatkan oleh Najib dan
Tengku Adnan kerana sebahagian, kadang-kadang semua dari duit yang diterima
diserah oleh yang bersimpati dengan PH kepada parti dalam PH. Duit inilah yang
diguna dalam kempen untuk jatuhkan Najib dan Tengku Adnan.
10. Kita percaya lebih banyak
lagi wang yang akan diberi kepada pengundi semasa kempen PRU. Sedikit sebanyak
wang ini akan menolong membiayai kempen parti PH.
11. Ahli dan orang ramai
dinasihat menerima apa sahaja yang diberi BN kepada mereka.
12. Sebabnya ialah duit ini
adalah duit mereka yang dicuri oleh Najib. Duit ini bukan duit Najib. Penerima
tidak perlu berterima kasih kepada Najib atau BN kerana mendapat balik duit
mereka yang dicuri oleh Najib. Penerima tidak perlu undi BN.
13. Mereka harus sedar mereka
akan dipaksa bayar duit yang dihutang oleh Najib dan dicuri olehnya. Mereka
akan dikenakan cukai yang bertambah, dikurangkan subsidi supaya hutang yang
telah dilesapkan oleh Najib dapat dibayar.
14. Dari manakah Najib akan dapat
wang jika tidak dinaikan pendapatan Kerajaan melalui tambahan cukai. Siapa yang
akan bayar cukai. Rakyatlah yang membayar cukai. Anak, cucu, cicit merekalah
yang membayar cukai. Duit siapa? Duit rakyat. Bermakna wang yang dihutang oleh
Najib adalah duit rakyat. Duit inilah yang dicuri oleh Najib. Duit berbillion
Ringgit inilah yang diguna untuk membeli bermacam-macam oleh Najib. Saki-baki
dari duit inilah yang diguna oleh Najib untuk sogok pengundi.
15. Yang jelas Najib curi duit
rakyat dan guna duit rakyat untuk tawan hati rakyat. Bukan duit Najib.
16. Kenapa harus kita berterima
kasih apabila Najib curi duit kita dan bagi sedikit darinya kepada kita. Kita
tidak perlu berterima kasih kepada Najib jauh sekali dari berasa terhutang budi
kepadanya.
17. Kalau Najib atau Tengku Adnan
bagi duit atau barangan kita ambil. Tetapi jangan berterima kasih dan jangan
beri undi kepada mereka, iaitu kepada BN dalam PRU14 ini.
18. Adakalanya penerima sogokan
akan disuruh bersumpah akan undi BN. Dalam Islam niat lebih utama dari lafaz.
Penerima boleh lafaz mengikut kehendak konco-konco Najib tetapi niat dalam hati
akan undi PH. Ini tidak salah dari segi agama kerana tidak ada paksaan dalam
Islam.
Comments
Post a Comment