Sepanjang 22 tahun pemerintahan
si Tua 93 tahun ini di Malaysia, selagi mana namanya manusia, dia tetap tak
akan lepas dari buat khilaf. Itu lumrah. Tapi sepanjang 22 tahun itu juga,
segala perubahan, segala kelantangan, segala ke diktatoran si Tua ini sangat
memberi kesan pada jiwa rakyat yang hidup pada zaman Pemerintahannya. Pertama
kali dalam sejarah, rakyat Malaysia merasa begitu bangga ketika mengKS sebagai
rakyat Malaysia di luar negara.
Anda fahamkan rasa bangga tu
macam mana? Bunga-bunga beb muka. Dengan segala visi dan misi yang di bawa oleh
si Tua ini. Wawasan 2020 yang mana waktu itu kita asyik terbayangkan tentang
kereta terbang dan robot yang bakal bekerja pada tahun 2020. Tunggu 31 Ogos je anda
tengok rakyat Malaysia bukan main semangat nak pacakkan bendera. Sentimen
patriotik tu power.
Di sudut lain, Kita lihat
kelantangannya membantai Barat tanpa kompromi. Mengkritik Holocaust secara
terbuka. Anda tau kan apa tu holocaust? Holocaust ni media yang pernah sentuh
isu holocaust pun habis dipenjarakan tau. Dan teguran si tua ini pada
Holocaust, Sampai si tua ini di tuduh anti semitik. Terganggu sikit dialog
antara Si tua ini dengan barat. Mengkritik dasar yahudi di OIC secara lantang
tanpa corner sagat lutut. Menempelak pemerintah-pemerintah Arab yang lembab tak
habis bergaduh sesama sendiri. Ambil keputusan tak popular untuk tak pinjam
IMF. Waktu ini saat paling powerr.
Straight to the point.
Ini belum anda tengok macam mana
si Tua ini warning Singapura supaya jangan macam bagus sangat nak andir-andirkan
Malaysia. Tengok projek rampasan semula Guthrie supaya jadi hak milik Malaysia.
Membawa anak-anak Kosovo menjadi anak angkat Malaysia ketika Kosovo teruk di
lanyak oleh pemerintah. Sampai hari ini kalau anda pergi Kosovo, anda masih
boleh jumpa orang yang berpengaruh di sana mengKS sebagai anak Malaysia. Anda
tengok macam mana si Tua ini hantar bantuan pada negara-negara kelas 3 yang
selalu di buli oleh negara Besar.
Pilih untuk bangunkan bangunan
pencakar langit, litar sepang, wujudkan proton. Semua projek mega ini si Tua
ini di gelakkan oleh ramai. Dia tak pernah ambil peduli, dia ada misi,
pandangnya cuma nak ajar Eropah supaya jangan pandang lekeh bangsa yang pernah
depa jajah ni. Apa ingat Melayu ni bangsa bodoh? Bangsa lemah? Bangsa pemalas?
La ni KS berdiri sini, KS ajar angpa siapa sebenarnya Melayu. Singapura paling
syok gelakkan si Tua ni.
Katanya, " Apa ke bahlol
mamat kedah pakai spek ni nak bina litar sepang? Hilang akal ke apa? Siapa nak
datang? Alien dari bulan ke? Kah kah. Nak tunjuk pandai dengan idea bangang tu
ke? Bodoh. Sama macam rakyat dia."
Beberapa tahun lepas tu bila
tengok kejayaan yang di bawa oleh Litar Sepang ini, tahu-tahu je Singapura
tanpa segan silu terus bina juga satu Litar di Singapura. Anda nampak penangan
Si Tua ini? Prinsip "Pergi Mampos" dia tu buat dia sangat disegani
ramai. Walaupun awalnya ramai kecam termasuk rakyat sendiri, sampai satu masa
nanti, ternyata ramai buat-buat bangang macam tak pernah kecam dia. Semua buat
uturn baik punya. Biasalah. Adegan biasa yang kita biasa buat. Anda rasa zaman
tu akan ada ke orang selantang Siti kassim? Silap-silap terus jadi Kassim Baba.
Tak payah warning. Terajang terus masuk ISA. Ada hati nak bikin kacau kan.
Paling best part Eropah. Eh? Kita
manusia lah. Semua sama je. Bezanya berani atau tidak dan berakal atau tak je.
Setakat duduk di Eropah ke, Ahli Freemason ke, Keturunan Raja ke tu takda apa
kelebihan pun. Sama je kita. Bezanya berani dan berakal. Itu yang Amerika cakap
banyak pun, si Tua ini selamba bagi sepakan gunting. Eh pergi mampos lah. Dulu KS
pernah tengok bangsa KS kena pijak muka oleh bangsa kalian dekat tanah air ni. KS
pernah tengok bangsa KS terpaksa tunduk bila lagu kebangsaan kalian bermain di
tanah air ini. Sekarang ni. KS ada hak nak bersuara jugak. KS dah ada dekat
kedudukan yang KS boleh bersuara. Dulu bukan anda cakap melayu macam-macam ka?
Melayu pemalas lah, melayu tak cekap lah. Sekarang KS ada kuasa kenapa KS tak
boleh cakap pasal anda? Negara yang sebok kecam KS konon KS diktator dan rak
habis ulng tentang demokrasi. Tak ingat kah negara bersistemkan demokrasi yang
bom Hiroshima dan Nagasaki sampai ratusan ribu rakyat Jepun mati? Lebih kurang
macam tu lah si Tua ni punya cakap dalam hati.
Jadi segala perjuangan,
kemasyuran, penghormatan, kelantangan membela bangsa sepanjang pemerintahan 22
tahun tu secara tak langsung dah terpahat dalam jiwa rakyat yang membesar
zamannya. Ingat Tun je rasa rindu. Rasa sebak. Sentimen ni power gila bro. Dia
tanam dalam-dalam sentimen ini ke jiwa masyarakat. Dia bina hormat rakyat pada
dia. Ni anda belum cerita pandangan orang kampung lagi pada si Tua ini. Lagi
lah padu punya sayangg. Bagi diorang, Si Tua ini lagenda melayu yang diorang
semua sangat terhutang budi. Ini semua rasa yang dah di suntik ke dalam jiwa
kita semua zaman pemerintahannya. Hormat habis!
Anda kena tahu, nak bangunkan
Malaysia dari sebuah negara yang takda apa berbeza dengan sambung memerintah
negara yang segalanya dah ada. Sangat berbeza. Sebab tu bila nak bezakan zaman
Tun M dan zaman Dato Seri Najib tu sangat tak sesuai. Ibarat anda brandkan
sesuatu produk dari zero. Sampai lah produk anda ni dah branding. Dah mula
dapat perhatian dan buat sales kaw-kaw. Lepas tu anda bagi orang lain sambung
jaga perniagaan anda. Kan berbeza. Orang yang sambung dan orang yang awal cipta
tu berbeza.
22 tahun bro si Tua ini tanamkan
segala rasa yang power, sentimen yang bunga-bunga pada jiwa rakyat. Bab
kejahatan dia tu tolak tepi lah. Dah rakyat tak terkesan nak buat macam mana.
Memali? Anda kena pandang ini dari sudut pemerintah, bukan dari sudut mata
rakyat. Dan anda akan dapat jawapan bila anda selami situasi politik waktu tu.
Ketaksuban pada tokoh agama zaman tu. Projek IC Sabah? Projek yang nak pecahkan
undi di sabah dan sebarkan islam. Dan anda boleh tengok sabah hari ini kristian
dan islam dah sedikit seimbang. Keputusan tak popular kadang perlu ambil, atas
nama negara.
Dan sekarang KS nak tanya anda,
kalau misi Pakatan Harapan semata untuk kalahkan Barisan Nasional buat pertama
kalinya dalam sejarah Malaysia ini, apakah pemilihan Si Tua 93 tahun sebagai
calon Perdana Menteri itu satu pilihan yang salah? Dengan segala sentimen
sepanjang 22 tahun pemerintahan si Tua ini sudah tertanam dalam jiwa majoriti
rakyat Malaysia. Boleh perintah atau tak, itu cerita nombor dua. Yang penting,
WAJIB menang dahulu. Kalau tak menang, anda nak sembang memerintah apa?
Kena faham, Pembangkang PRU lepas
kalah hanya di sebabkan mentaliti dan sentimen masyarakat kampung/pendalaman
masih terpahat nama UMNO dek kerana rindu zaman gilang gemilang pemerintahan si
Tua 93 tahun ini. Sentimen itu masih melekat. Dan anda boleh bayangkan bila
tiba-tiba si Tua ini di calonkan semula jadi bakal Perdana Menteri macam mana
kerinduan, segala sentimen yang pernah terpahat di dalam jiwa masyarakat melayu
kampung ini seakan terubat? Gila anda. Konfem melonjak-lonjak beb.
Ni belum cerita masa pilihan raya
nanti, gambar si Tua ini di jadikan modal berkempen. Di bentangkan besar-besar
di setiap kampung sekali dengan bendera Pakatan Harapan? Boleh nampak macam
mana permainan sentimen dan impak pada jiwa masyarakat kampung waktu itu? Orang
tak akan nampak Parti pun masa tu. Orang cuma nampak, Tun Mahathir.
Anda ingat Barisan Nasional tak
goyang ke? Jangan main-main brother. Tua ke tak tua tu cerita Nombor 2. Fokus
Pakatan Harapan sekarang ni nak menang dulu. Lepas menang, nak bergaduh sesama
sendiri ke nak berebut bergaduh perandaman ke, terpulang. Yang penting, Menang.
Hanya yang Menang je yang boleh buat segala keputusan. Sama ada nak pelempang
si kalah, nak sekat segala kekayaan si kalah dan lain-lain. Eh lupa, nak
terajang musuh masuk dalam mahkamah dan sabitkan kesalahan lepas tu terajang
masuk penjara pun boleh.
Dah ada KUASA maa!! Anda ingat
masa ni geng-geng memerintah yang sombong tu akan terus sombong? Gila?
Silap-silap semua acah menyesal konon baru tersedar. Ada yang cabut luar negara
pun ada.
Nampak tak? Ini bukan isu Tua
atau tak Tua. Anda jangan sembang, Tua nak mampos boleh ke perintah Malaysia?
Itu bukan isunya. Isu sekarang ialah, MENANG DULU. Tak menang macam mana nak
perintah? Kan? Geng muda kelam kabot yang tengah jalankan kempen Undi rosak tu
pun tolong jangan benak sangat. Spek mata tebal tapi boleh tahan perangai
korang seko-seko. Belajar taktikal lah. Ini politik. Bukan sekolah memandu
bapak anda. Yang nak pakai logik anda je.
Ibarat satu hari nanti Malaysia ini
berperang dengan Amerika lah contoh. Contoh tau. Anda masih nak berjuang ikut
parti atau nak bergabung semua parti dan tutup mata tentang segala dendam
kesumat semata untuk pertahankan tanah air? Apa jadi pun anda akan bergabung
betul tak? sampai menang! Lepas menang, anda akan bersorak gembira ramai-ramai.
Kemudian tu baru lah cerita lain, yang penting MERDEKA dulu.
Anda ingat tak masa kita merdeka
dahulu, lepas ambik balik Malaysia ni dari Penjajah. Kita melalui banyak fasa
yang bukan senang. Pergaduhan andam yang melibatkan pertumpahan darah yang
banyak, bintang tiga mengganas dan banyak lagi. Tapi sekurang-kurangnya,
semuanya masih di bawah tadbir kita. Tanpa penglibatan orang luar. Memang bukan
senang, tapi sekurang-kurangnya semuanya atas keputusan kita.
Ni pandangan peribadi je lah.
Jangan hang cakap KS macai PH pulak. Satu hari je KS mintak jangan taksub
sangat. Apa? DAP? NO WORRIES. Si Tua ni dah perintah Malaysia 22 tahun. Dah
pernah berlaga angin dengan Kepala DAP beberapa tahun pun. Segala bola tanggung,
segala lubuk, semua dia tahu. Dia lebih tahu dari anda yang tengok dari jauh.
KS : Janganlah sempit sangat
fikir pasal Tua lah, nyanyuk lah itu lah. Dah macam orang perempuan pulak
kepala hotak korang ni. Lelaki tak bagi isteri bekerja, suruh jaga anak dan
makan minum dekat rumah. lepas tu kawan bini cakap dekat bini kita. Anda kena
kerja, sekurang-kurangnya kalau suami anda buat hal nanti anda dah ada income
tetap untuk mulakan hidup baru. Eh kepala bana sembang benda yang tak jadi
lagi? Menangkan hati suami anda dulu lah baru anda tahu apa jadi nanti. Belum
apa-apa dah sembang suami akan buat hal satu hari nanti.
Comments
Post a Comment