Susulan keputusan PRU-14 yang
menunjukkan mandat rakyat diberi kepada Pakatan Harapan, maka bermulalah episod
pembongkaran semula skandal-skandal rasuah mega yang dilakukan oleh kerajaan
terdahulu.
Jika dulu, kerajaan yang berkuasa
begitu menggila menutup segala kemungkaran mereka dengan bantuan pihak-pihak
tertentu, kini perkara itu mustahil boleh dilakukan.
Tangan dan kaki mereka kini sudah
ditambat...Kini tiba masa penyamun-penyamun bersama konco-konconya pula diheret
kemuka pengadilan.
Siasatan rompakan 1MDB, SRC
International dan dana RM2.6 bilion dan rasuah-rasuah mega lain perlu
diaktifkan semula.
Ingat!..tindakan ini bukan dendam
kesumat tapi keadilan buat rakyat yang telah merana akibat kerakusan
penyamun-penyamun tersebut.
KP SPRM, TS Dzulkifli Ahmad yang
selama ini angkuh dan kebal kerana menjadi balachi Najib Razak dengan menutup
skandal-skandal Najib juga perlu dihumban kerana ketidaktelusannya sebagai
penjawat awam yang memegang amanah rakyat.
Kini tiada lagi istilah kau
tolong aku, aku tolong kau. Skandal Bali TS Dzul juga perlu dibuka semula
setelah ditutup atas dasar tolong kawan.
Tindakan TS Dzul yang didakwa
membantu Najib untuk menyerang kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga perlu
diperjelaskan.
Sebagaimana rakyat inginkan
kerajaan Malaysia yang bersih. Maka SPRM juga perlu bersih sebersih bersihnya.
Perubahan itu perlu bermula
sekarang.
Hari ini juga, Mantan
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM,
Datuk Bahri Mohd Zin juga telah memberi petunjuk bahawa banyak lagi skandal
rasuah yang tidak pernah terfikir oleh rakyat akan dibongkar.
Memetik kata-katanya menerusi
berita di portal, Bahri berkata:
"Lubang cacing tak perlu ku intai lagi dan Insyallah kita akan
menonton kes-kes yang tak pernah terlintas di benak kita selama ni."
Sekali lagi diingatkan...ini
bukan dendam. Kerajaan baru perlu faham maksud mandat yang diberikan oleh
rakyat.
Tsunami rakyat ini berpunca dari
kemarahan mereka dengan sikap pemimpin penyamun dan konco-konco memperbodohkan
rakyat.
Apa tidaknya, semuanya diatur
supaya memihak pada mereka. Yang menentang arus akan dihumban. Kini tiba masa
mereka untuk dihumban secara bergilir-gilir.
Rakyat negara ini telah pun
bersuara dan sudah tiba masanya untuk kita semua mengejar impian kita demi
sebuah masa depan yang cerah.
Kita harus meneruskan perjuangan
untuk mencetuskan perubahan untuk kebaikan semua lapisan masyarakat yang majmuk
ini.
Selamat Jalan TS Dzul. Selamat Kembali TS Abu Kassim!!! Kembali menjadi KP SPRM kali kedua...lagi sejarah tercipta!!!
Comments
Post a Comment