KISAH BENAR!!! LUAHAN DALAMAN SPRM...



Belum pun seminggu DS Shukri Abdull mengambil jawatan nombor 1 SPRM, telah ada bunyi-bunyi tidak puas hati serta luahan dari dalaman SPRM yang kononnya mewakili golongan pegawai marhaen SPRM.

Ada sahabat yang tunjukkan luahan itu pada KS, dalam luahannya itu, dinyatakan berkaitan isu orang luar dan diistilahkan sebagai bapa tiri yang KS percaya ia sudah tentu merujuk kepada TS Dzul.

Setelah diamati, KS merasakan pemikiran pegawai ini tersasar dan lebih teruk dia seperti mempunyai niat untuk melaga-lagakan dalaman SPRM.



KS percaya tidak timbul isu orang luar atau bapa tiri atau apa saja istilah digunakan sekiranya pemimpin nombor 1 SPRM itu berintegriti, jujur serta ikhlas berkhidmat dengan SPRM demi rakyat.

Jika bapa tiri itu baik.....tidak mempunyai latar belakang menutup kes penyamun, tidak main bini orang di Bali, tidak tutup kes anak buah berkhalwat, tidak bersengkongkol dengan pemimpin menyamun duit rakyat...jadi ia tidak menjadi isu langsung...


Ini bukan dakwaan ringan...lihat kenyataan Task Force 1MDB baru-baru ini, TS Dzul dikatakan tidak melayan permohonan dari FBI dan DOJ....kenapa ini berlaku?...



Isu Balinya??...sampai sekarang tidak dinafikan dan kononnya disucikan dengan ikatan perkahwinan...semudah itu??? Semudah kicap ABC???


Pendek kata, ia bukan isu orang luar yang mentadbir...tapi isu orang yang tidak layak mentadbir SPRM kerana isu integritinya.

Lebih teruk, apabila orang dalam sendiri turut bersengkongkol untuk membuat kerja-kerja kotor bersamanya...adakah ini prinsip SYMP?

Jadi salahkan jika dicantas apabila mereka ini memang sah bersengkongkol membuat kerja kotor??... Jangan bagi alasan dia buat begitu sebab boss suruh...atau hendak bagi alasan dia mencuri sebab orang lain juga mencuri...itu bahalol namanya...

Mereka juga harus ingat, panglima perang tidak pernah meninggalkan medan perang... Janganlah jadi anak-anak kecil yang tidak faham istilah ditinggalkan...

Adakah seorang bapa yang meninggalkan keluarganya untuk berkerja di luar berbulan-bulan dianggap lari dari tanggungjawab???

Anak-anak ini mungkin mengingatkan si bapa berseronok di luar sana, makan tidur di hotel dan macam-macam lagi...tapi mereka tidak nampak keringat bapa diperah untuk mencari nafkah untuk keluarga.


Anak-anak ini juga mungkin tidak sedar bahawa betapa risaunya si bapa kepada keluarga setelah ditinggalkan...tapi si bapa tiada pilihan lain dan itulah sahaja cara si bapa untuk membina masa depan keluarga...demi masa depan anak2…si bapa terpaksa korbankan dirinya…

Kini apabila bapa telah pulang membawa balik ‘mainan’...janganlah pula buat ‘perangai’…’dicampak’ mainan ke dinding...inilah masa untuk kembali bersama...nikmatilah ‘kebahagian dan kebersamaan’…itu pun mungkin seketika sebelum ditinggalkan kembali...


Sebenarnya banyak lagi kisah 'ditinggalkan' yang perlu dijadikan pedoman....seperti kisah Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di lembah yang tandus...

Begitu juga kisah penghijrahan Nabi Muhamad meninggalkan Kota Mekah ke Madinah...

Semuanya mungkin nampak kejam...tapi hakikatnya demi kelangsungan hidup yang lebih baik....

Selain itu, cukuplah membuat propaganda melaga-lagakan DS Shukri bersama DS Azam atau dengan sesiapa sahaja...


Hingga ada pula dakwaan kononnya DS Shukri tidak melaporkan sogokan rasuah...tapi KS dapat maklumat bahawa perkara itu telah dibuka fail sejak DS Shukri menjadi Timbalan KP lagi...pergilah semak...



Begitu juga dakwaan kononnya ramai tali barut dalam SPRM seperti DS Azam...tapi KS dapatkan rasakan, tali barut besar telah pun meletakkan jawatan...



KS: Sajalah hendak tanya...apa sebabnya TS Dzul letak jawatan...sebab tidak pernah dinyatakan...peliklah dia ni...selalu mengantoikan diri...

Comments