Bagaimana rakyat melihat pembentukan Malaysia baru pasca PRU
ke-14, begitulah juga keadaannya di SPRM.
Banyak perkara yang perlu dilakukan agar SPRM kembali ke
landasan yang betul setelah agak terlencong dari paksinya.
Namun begitu, KS yakin tugas DS Shukri yang rumit akan lebih
mudah dengan bantuan DS Azam Baki sebagai timbalannya.
Antara kelebihan mereka berdua, mereka sama-sama menyaksikan
jatuh bangun SPRM setelah lebih 30 tahun menjadi hamba SPRM.
Ugutan, caci maki dan fitnah telah menjadi asam garam bagi
kedua-duanya kerana mereka memilih untuk menjadi pejuang yang tidak didendang.
Mereka faham masalah dalaman dan luaran. KS juga yakin kali
ini mereka akan lebih berjaya apabila melihat kepada 'political will' kerajaan
baru untuk menentang rasuah dan penyelewengan.
KS tahu DS Azam sebenarnya telah banyak berkorban dan
berjuang sepanjang tempoh SPRM cuba dimusnahkan oleh regim penyangak negara,
sehingga adakalanya beliau dilihat tidak terdaya dan lemah kerana berjuang
bersama kelompok kecil sahaja.
Apa yang bagus, perjuangan beliau bukan dengan cara
menyerang orang nombor 1 ketika itu.
Jika itu yang berlaku, SPRM yang menjadi tumpuan rakyat akan
musnah lebih cepat. Itulah yang menyelamatkan SPRM.
KS juga menerima maklumat dalaman bahawa terdapat kes-kes
'projek' bagi menjatuhkan ahli-ahli politik yang telah diatur oleh KP sebelum
ini.
Sebaliknya, DS Azam tidak pernah mencampurkan urusan politik
dengan siasatan SPRM. Bukan senang hendak menjadi pejuang tulen seperti ini.
Ingat!!..KS hanya menyampaikan maklumat ini...KS bukan kaki
jilat...KS bukan lalat....KS adalah suara rakyat...
Jadi ingatlah, rakyat juga tidak mahu SPRM mengulangi segala
kemungkaran lalu. Shukri dan Azam jangan sesekali menjadi Dzulkifli 2.0.
Jika tidak degupan nadi SPRM akan berakhir....
Selamat Bersahur...
Comments
Post a Comment